Sunday, 13 May 2018

[Video Tun M penuhi jadual padat hari pertama kembali ke pejabat] PM bertemu pegawai kanan perkhidmatan awam di YKP.

Isnin, 14 Mei 2018

PM bertemu pegawai kanan perkhidmatan awam di YKP

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan mesyuarat pertama dengan pegawai kanan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat peringkat tertinggi dengan pegawai kanan perkhidmatan awam.
Mesyuarat berkaitan pelaksanaan 10 janji 100 hari itu yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, semua ketua setiausaha dan ketua pengarah kementerian, diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana yang menempatkan pejabat Dr Mahathir selaku presiden kehormat yayasan itu.
Sebelum mesyuarat itu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan empat mata dengan Ali.
Menurut laporan semalam, Dr Mahathir berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua setiausaha kementerian untuk menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baharu.
Gabungan Pakatan Harapan diketuai Dr Mahathir berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh kejayaan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut kedatangan Tan Sri Ali Hamsa di Yayasan Kepimpinan Perdana pagi tadi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena