Monday, 13 August 2018

[Video LGE-Hujah kamu ''SESAT'' kpd PAS, MP Tumpat & Guan Eng Bertelagah!] PM: Jabatan Audit Negara diletak bawah jawatankuasa pilihan khas parlimen.

Selasa, 14 Ogos 2018

PM: Jabatan Audit Negara diletak bawah jawatankuasa pilihan khas parlimen

Jabatan Ketua Audit Negara akan dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah jawatankuasa pilihan khas parlimen.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kabinet dalam satu mesyuarat khas hari ini bersetuju menubuhkan jawatankuasa itu dalam usaha mengurangkan kuasa perdana menteri dan kerajaan berhubung pelaksanaan tindakan antirasuah di negara ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu juga akan memutuskan pelantikan Ketua Audit Negara dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta peruntukan belanjawan bagi kedua-dua agensi itu.
"Kita cadang untuk tubuh jawatankuasa parlimen untuk memilih anggota badan pencegah rasuah umpamanya.
"Mereka setelah dipilih, kalau ada keperluan untuk tindakan diambil terhadap mereka atas apa-apa kesalahan, itu akan diambil oleh parlimen melalui select committee.
"Berkenaan audit, audit adalah perkara yang penting kerana melalui audit kita akan dapat tahu sama ada pengurusan kewangan negara atau kerajaan berjalan mengikut peraturan-peraturan.
"Kalau audit sekarang diletak di bawah PM, dan pemilihan AG (Ketua audit negara) dibuat oleh PM, mungkin melalui nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Tapi sekarang ni kita akan pindah pemilihan auditor general itu kepada select committeeparlimen dan PM serta kerajaan takkan ada campurtangan dalam pemilihan," katanya.
Mahathir menambah keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengetatkan pengurusan kewangan negara.
"Sudah tentu kita perlu masa untuk lihat kesan daripada tindakan-tindakan ini. Kita harap tindakan-tindakan ini dapat kurangkan rasuah," katanya.
Jet peribadi Jho Low
Mengenai rancangan kerajaan mendapatkan jet persendirian Jho Low, Mahathir berkata ia akan dilakukan secepat yang mungkin apabila pesawat itu boleh diterbangkan.
Katanya pesawat tersebut yang jarang digunakan tidak diterbangkan untuk jangka masa yang lama dan perlu diselenggara terlebih dahulu.
Ahad lalu Mahathir memberitahu wartawan bahawa kerajaan perlu mendapatkan jet itu selepas kapal layar mewah Equanimity berharga AS$250 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kembali ke perairan Malaysia.
Singapura dilaporkan merampas jet Bombardier Global 5000 berharga AS$ 35 juta itu pada bulan Februari lalu dan sejak itu tidak diterbangkan.
Jet dan kapal layar mewah berkenaan adalah aset yang ingin disita Jabatan Keadilan Syarikat (DOJ) sebagai sebahagian daripada saman pelucuthakan sivil bagi merampas keseluruhan aset bernilai AS$ 1 bilion yang didakwa dibeli daripada dana 1MDB.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena