Thursday, 2 August 2018

[Video "Saya Cakap 'BODOH' Marah Tak?" Ahli Parlimen Bertelagah Lagi] UMNO-PAS bakal bergabung secara rasmi? KENYATAAN MEDIA Sebaran Audio Palsu

Jumaat, 3 Ogos 2018

Image may contain: 2 people, people smiling, text
Image may contain: 2 people, text
UMNO-PAS bakal bergabung secara rasmi... 
UMNO Dan PAS Bakal Bergabung Secara Rasmi? Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan menzahirkan ucapan terima kasih kepada PAS atas persefahaman, khususnya apabila parti itu tidak meletakkan calon dalam persaingan BN menghadapi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil kali ini, lapor media tempatan. 

"Saya selaku timbalan presiden Umno dan pengarah jentera PRK BN di Sungai Kandis secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana telah memberikan suatu persefahaman dengan tidak meletakkan calon parti itu di Sungai Kandis. 

"Bukan setakat tidak meletakkan calon, para pemimpin PAS sudah turun padang dan berkempen kepada pengikut-pengikut parti itu supaya tidak menyokong HARAPAN dalam PRK ini," kata Mohamad Hassan dipetik wawancara Utusan Malaysia hari ini. 

Beliau juga berharap titik persamaan dua parti itu dalam PRK Sungai Kandis akan dapat disambung untuk menjalin kerjasama. 

"Jadi, saya amat berharap supaya titik persamaan yang diterjemahkan semasa PRK Sungai Kandis dapat disambung dan diperkasakan untuk jalinan kerjasama antara dua parti Melayu terbesar di negara ini," katanya. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu secara rasminya menyeru penyokongnya keluar mengundi pada pilihan raya kecil Sungai Kandis 4 Ogos ini, tetapi menegaskan parti itu tidak akan menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam satu kenyataan hari ini. 

Berikutan itu katanya pemimpin PAS yang menghadiri program di kawasan Sungai Kandis tidak bercanggah dengan pendirian parti. 

Terdahulu, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dipetik berkata tiada arahan daripada parti itu kepada ahli dan penyokongnya yang akan mengundi pada pilihan raya kecil Sabtu ini. - UMeloya 
Tumpang sekole

KENYATAAN MEDIA 
Image result for pkr

Sebaran Audio Palsu 
Saya telah dimaklumkan tentang beberapa klip audio yang telah disebarkan, kononnya mengandungi suara DS Anwar Ibrahim. 

Setelah meneliti klip-klip audio tersebut, saya mendapati terdapat beberapa elemen seperti bunyi sebutan perkataan yang berbeza dari cara sebutan biasa DS Anwar Ibrahim. Oleh itu, klip-klip audio itu adalah palsu dan berniat memecahbelahkan serta menanam rasa syak wasangka di kalangan ahli KEADILAN. 

Semakin hampir kita dengan pemilihan parti, semakin banyak bahan-bahan palsu yang akan disebar luaskan. 

Saya menggesa orang ramai terutamanya anggota KEADILAN untuk tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah dan sebaran bahan palsu seperti ini. 

KEADILAN akan terus memantau sebaran maklumat, dan saya memohon media untuk berhubung dengan Komunikasi KEADILAN untuk pengesahan sebarang maklumat berkaitan pimpinan atau perjalanan pemilihan KEADILAN. 

Fahmi Fadzil Pengarah Komunikasi KEADILAN, 2 Ogos 2018 
Tumpang sekole.

1 comments:

Unknown said...

Maaf... Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui pemasangan nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Biarlah Orang pada ngomong itu musrik hanya tuhan yg tau. mungkin ini salah satu jalan rejeki sy. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena