Tumpang sekole.
PAS MAJU SETAPAK LAGI, TAPI.....
Sejak berkawan mesra dengan UMNO (kata Pas belum kahwin lagi), parti itu nampaknya maju setapak lagi dari segi langkah politiknya.
Jika sebelum ini mereka sepentas dengan UMNO, kali ini ia melakukan perkara yang sama dengan MCA pula, walaupun parti itu kuat dan gigih menentang undang-undang hudud serta RUU355.
MCA, selain MIC, adalah dua rakan kongsi yang masih setia bersama UMNO dalam BN.
Pas memulakan langkah itu dalam kempen pilihanraya kecil Balakong, malam tadi dengan kemunculan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan di pentas MCA.
Beliau juga kemudiannya dilaporkan berbual-bual dengan Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Senator Ti Lian Ker yang merupakan antara pengkritik paling keras terhadap Pas selama ini.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong yang ditemui pemberita selepas itu memberitahu kehadiran Takiyuddin adalah tanda diundang.
Maknanya apa?
Maknanya, hanya Pas yang terhegeh-hegeh nak berbaik dan berkawan dengan MCA, tetapi parti Cina itu tidak pun ghairah untuk berbuat perkara yang sama.
Adakah MCA datang berkempen di Seri Setia?
Kahkahkah...(ShahbudinHusin 05/09/2018)
0 comments:
Post a Comment