Monday, 3 September 2018

[Video "Nak Pinjam Boleh Tapi Ukur Baju Dibadan Sendiri" & Tanpa Umno Pun Melayu Terbela] Hei, Pasir menyalak! Kau menyalak lagi? Tengok neh, rakyat kena tipu lagi dengan Pembangkang Bangang & ADAKAH RAFIZI SEDANG BERKHAYAL?

Isnin, 3 September 2018

Penipu! Penipu! Penipu! - Tajuddin

Azmin Ali Hentam Tajuddin Pasir Salak 

Tanpa UMNO Pun Melayu Terbela


Foto Otai BERSIH.
Pembangang mana hari tu yang kata SST harga kenderaan Perodua akan naik?

Perodua melaporkan 1% hingga 3% penurunan harga. Bangang..!!!

Foto Suara Rakyat.

Rakyat kena tipu lagi dengan Pembangkang Bangang.

KANTOI !!..

HARI INI.. Honda Malaysia telah mengumumkan senarai harga baru bagi barisan model keluaran dan edaran syarikat itu di Malaysia. Secara ringkasnya, semua model CKD menyaksikan penurunan harga berbanding harga dengan GST sebelum ini selepas pelaksanaan SST bermula 1 September 2018.



Semua model CKD seperti Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V dan Accord akan dijual pada harga bermula dari RM70,242 hingga RM169,398 (di Semenanjung); sekitar 0.5% hingga 3.1% lebih murah.

Antara model yang menyaksikan penyusutan harga paling banyak ialah CR-V 1.5 TC 4WD, iaitu sebanyak RM4,868 dengan SST (RM156,732) berbanding harga dengan GST dahulu (RM161,600). Jazz 1.5 S pula menyaksikan peratusan penurunan paling banyak, iaitu 3.13% lebih murah kini berbanding harga dengan GST.

Hanya dua model CBU Honda pula, iaitu Odyssey dan Civic Type R, masing-masing dijual lebih tinggi berbanding sebelumnya. -Paultan

https://www.facebook.com/barisanasional/posts/1826275380819972



TIADA SIAPA DAPAT GUGAT ANWAR JADI PERDANA MENTERI, ADAKAH RAFIZI SEDANG BERKHAYAL?

Sepatutnya isu sama ada Anwar Ibrahim dapat jadi Perdana Menteri atau sebaliknya tidak berbangkit lagi pada waktu ini.

Semuanya, baik daripada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar, mahu pun Tun Mahathir Mohamad dan pelbagai pihak yang lain, segala-galanya sudah jelas bahawa ia adalah kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan.

Malah, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid yang sebelum ini membuat tuduhan mengaitkan nama Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dalam konspirasi yang didakwa cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, turut sudah meminta maaf berhubung keterlanjurannya.
Tidak cukup dengan itu, Tun Daim sendiri menafikan penglibatannya dalam perkara itu dengan menjelaskan, tiada sebab sama sekali untuk beliau berbuat demikian.

Malah, kata Tun Daim, dalam usianya sekarang, tiada kuasa dimilikinya dan beliau juga kerap bertemu dengan Anwar, adalah suatu dakwaan yang mengarut untuk melibatkan namanya dalam cubaan menghalang Anwar itu.
Anwar sendiri dalam kenyataannya sebelum ini mahu cakap-cakap mengenai isu itu dihentikan dan menyeru semua pihak agar bergerak ke hadapan bagi mengukuhkan lagi Pakatan Harapan dalam mentadbir kerajaan serta memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Jika diperhatikan pula, langkah terbaru kerajaan memberi ruang kepada Anwar yang tiada jawatan dalam kerajaan untuk menutup Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1 September lalu adalah petunjuk paling jelas bahawa beliau memang bakal menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Jadi, mengapa Rafizi Ramli masih lagi perlu membawa sentimen hasratnya bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR ialah untuk memastikan Anwar dapat jadi Perdana Menteri?
Apakah Rafizi tiada isu lain untuk memenangi jawatan itu berhadapan dengan Azmin Ali?

Realitinya, Anwar hampir pasti jadi Perdana Menteri. Tiada sesiapa dapat menghalangnya, bukan saja kerana kedudukannya kini sebagai Presiden PKR, tetapi juga kerana beliau datang daripada komponen Pakatan Harapan yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak sekali.

PKR, DAP, Amanah dan Bersatu juga masih kukuh perpaduannya dalam Pakatan Harapan dan tidak langsung ada tanda-tanda akan berpecah atau mahu menolak Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Di mana logiknya Azmin mampu menghalang Anwar, sedangkan beliau sudah bersama dan setia sepanjang masa dengan Presiden PKR itu?

Sama ada Azmin kekal sebagai Timbalan Presiden PKR atau jawatan itu dipegang oleh Rafizi, hakikatnya Anwar tetap akan jadi Perdana Menteri selepas ini. 
Tun Mahathir pula, keutamaannya apabila memutuskan untuk kembali aktif hanyalah untuk menjatuhkan Najib Razak dan ia sudah pun tercapai sekarang. Kini beliau hanya ingin melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini dalam fasa kesinambungan era kecemerlangan selama 22 tahun yang pernah dilaksanakannya sebelum ini

Adalah lebih berbaloi untuk Tun Mahathir menyerahkan jawatan itu dengan aman dan lancar kepada Anwar dan kemudian menjadikan namanya dikenang serta dihormati sepanjang hayat sebagai susulan langkah berbaik semula, bermaaf-maafan dan memohon pengampunan penuh bagi bekas musuh yang kini menjadi rakan akrabnya itu.

Yang penting, dua kali menjadi Perdana Menteri adalah suatu rekod bagi Tun Mahathir yang terlalu sukar untuk mampu diulangi oleh sesiapa yang lain selepas ini.

Dengan itu, dakwaan wujudnya konspirasi tidak masuk akal sama sekali. Tiada sesiapa dapat menghalang Anwar sebenarnya, kecualilah jika Tuhan benar-benar tidak menghendakinya memegang jawatan itu. 

Tetapi, sehingga ini tiada sebarang petunjuk Tuhan mengenai perkara itu dan Tuhan juga tidak menurunkan isyarat itu kepada sesiapa di dunia ini.

Yang ada hanyalah Rafizi seolah-olah cuba mengambil alih kerja Tuhan dengan tidak habis-habis mengatakan hanya jika beliau menjadi Timbalan Presiden PKR, maka barulah Anwar pasti jadi Perdana Menteri.

Siapakah Rafizi di sisi Tuhan?

Apakah Rafizi sedang berkhayal atau beliau mungkin mendapat bisikan syaitan dalam perkara itu? (ShahbudinHusin 03/09/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena