Monday, 3 September 2018

[Video PRK Seri Setia KHALID SAMAD-Kalau Pas menang, isu perkauman & agama akan berterusan dimaikan] Salah guna kuasa ADUN Pas? TU DIA! Tu baru muslimah, belum lebai lagi...

Selasa, 4 September 2018

Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!!.. Tu baru muslimah. Belum lebai lagi..

SHAH ALAM - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Hajjah Noor Hanim Ismail ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berjumlah RM50,000.

Bekas ADUN itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan kesmengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

MASIH INGAT !!..
"PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita" - Ketua Penerangan UMNO

Nampaknya kempen PRK parti penjual agama di Seri Setia terbantut apabila seorang bekas Adun mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 5.50 petang tadi. 

Kita harap bukan setakat bekas Adun saja malah mana-mana Adun yang bekerja dan bukan ‘penganggur’ turut disiasat tanpa mengira setinggi mana jawatan mereka dalam parti dan kerajaan. - f/bk 
Tumpang sekole.

Seleweng RM50,000, bekas Adun Selangor ditahan.
Seorang bekas Adun Selangor ditahan bagi membantu siasatan salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000, hari ini.

Menurut sumber, ADUN wanita berusia 56 tahun berkenaan ditahan pada kira-kira 5.50 petang tadi di pejabat SPRM Selangor selepas hadir memberi keterangan berkaitan kes itu.
“Suspek wanita itu disyaki telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat DUN yang mana syarikat tersebut merupakan syarikat milik anaknya,” kata sumber itu.
Sementara, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan berkenaan.
“Penahanan suspek dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.
Suspek akan dibawa Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman esok. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena