Monday 22 October 2018

[Video Adakah Tun seorang PENDENDAM? Umno is no more now] Dr M: Tunjuk bukti kerajaan reka 45 tuduhan ke atas Zahid.

Selasa, 23 Oktober 2018

Dr M: Tunjuk bukti kerajaan reka 45 tuduhan ke atas Zahid

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas pihak yang mendakwa bahawa pertuduhan ke atas Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bermotifkan politik.
Dr Mahathir mencabar pihak yang membuat dakwaan berkenaan menunjukkan bukti bahawa 45 tuduhan terhadap Zahid itu adalah rekaan kerajaan.
"Tunjukkan bukti katanya dia (Zahid) tak buat salah dan 45 pertuduhan ni adalah rekaan kita. Tunjuk pada kita dengan bukti, dokumen mesti ada, barulah boleh tuduh kita sengaja nak ambil tindak balas," katanya dalam program yang dianjurkan Sinar Harianhari ini di Shah Alam, Selangor.
Dr Mahathir menegaskan bahwa dakwaan ke atas Zahid dibuat oleh peguam negara dan ia berdasarkan bukti.
"Dia (peguam negara) bukan orang politik. Dia orang luar. Dia tak boleh buat tuduhan melainkan ada bukti. Dan bukti tu mesti diterima di mahkamah.
"Kalau tak ada bukti, pergi mahkamah, (peguam Zahid) Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah boleh menang selalu," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena