Sunday, 7 October 2018

[Video Anwar di Spring Hill isu 1MDB & Anwar mohon Gobind selesaikan isu internet di PD] Rakyat akan nikmati pengurangan jalur lebar talian tetap? Penulis buku 1MDB tak kisah Yeoh dulu sokong BN.

Ahad, 7 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.

KANTOI LAGI !!!
Bukankah Saiful dah berjanji tidak akan cerita pasal liwat ketika berkempen di PD..
Tup-tup.. BARU SAJA SEMINGGU BERKEMPEN boleh pula cerita pasal liwat ??!

Terserahlah kpd kebijaksanaan pengundi utk memilih pemimpin mereka kelak..

Foto Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Penulis buku 1MDB tak kisah Yeoh dulu sokong BN


Penulis buku Billion Dollar Whale, Tom Wright hari ini berkata beliau tiada masalah dengan penglibatan pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh dalam menghasilkan filem berdasarkan buku berkenaan.
"Jika anda tunjukkan kepada saya yang Michelle Yeoh telah melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, maka saya akan risau, tetapi tidak ada yang menyatakan itu kepada saya," kata Wright semasa sesi dialog yang diadakan sempena acara The Cooler Lumpur Festival di Black Box, Publika.
Beliau berkata, kritikan terhadap penglibatan Yeoh kebanyakannya disebabkan sokongan terbuka pelakon antarabangsa itu kepada BN, sebelum pendiriannya berubah selepas pilihan raya umum ke-14 lalu.
"Dia menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya lalu kerana keluarganya adalah ahli politik MCA dan banyak orang menyokong BN pada 2013, malah Mahathir".
"Saya tidak terlibat di Malaysia, saya tidak ikuti politik. Saya tak rugi apa-apa, jadi saya tidak mempunyai masalah dengan ini," katanya.
Wright berkata beliau dan penulis bersama buku berkenaan, Bradley Hope tidak pernah berhasrat mengadaptasikan buku itu menjadi sebuah filem.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena