Saturday, 20 October 2018

[Video Arkib 'Samseng' Umno ancam bakar pejabat DAP & Saya cakap you diam] Deepak dah bersiap sedia dgn bukti2nya! Apa macam Najib Rosmah? Umno sengaja lagakan orang Melayu dan DAP – DAPSY

Sabtu, 20 Oktober 2018

Pemuda Umno Wilayah mengganas dihadapan Ibu Pejabat DAP

Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur dan mengancam untuk membakar bangunan itu.
Malaysiakini, May 22, 2014
Foto Suara Rakyat.
Jika dakwaan Deepak itu rekaan semata-mata, dibuat-buat dan tidak berasas.. KENAPA TAKUT SANGAT JIKA IA DIHERET KE MAHKAMAH NANTI? Setidak2nya Najib berpeluang boleh bersihkan diri dari segala tuduhan Deepak di mahkamah.

Deepak dah bersiap sedia dgn bukti2nya..
Lawanlah Najib jika kamu di pihak yang benar..
Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah !!

Umno sengaja lagakan orang Melayu dan DAP – DAPSY

Sosialis Muda DAP (DAPSY) membidas kenyataan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Raffi yang mendakwa parti kononnya tidak mengiktiraf sistem Raja berpelembagaan berhubung isu kurniaan anugerah dan gelaran.
Menyifatkan ia sebagai bermotifkan perkauman dan fitnah, Penolong Setiausaha DAPSY Muhammad Shakir Ameer berkata, dakwaan tidak bertanggungjawab itu dilakukan untuk melagakan masyarakat Melayu dan DAP.
“Bagi parti DAP, perkhidmatan kepada rakyat adalah sesuatu yang amat penting dan diutamakan.
“Ini adalah selaras dengan perjuangan parti. Parti DAP bukan seperti Razlan dan UMNO yang hanya mementingkan ganjaran politik dengan menipu rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook sebelum ini berkata pemimpin DAP hanya boleh menerima kurniaan gelaran dan anugerah hanya selepas bersara perkhidmatan politik.
“Pemimpin-pemimpin DAP terlibat dalam politik kerana mahu berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk mengejar kemasyhuran atau gelaran atau kedudukan.
“DAP mengiktiraf pentingnya anugerah dan gelaran sebagai cara untuk menghargai sumbangan mereka yang menjadi tokoh ulung dalam masyarakat dan oleh itu menasihati wakil rakyat dan ahli majlis tempatan untuk menerima penghormatan ini selepas mereka bersara daripada perkhidmatan, mungkin selepas mereka telah menyumbang kepada masyarakat pada umumnya,” katanya.
Dalam pada itu, Shakir menasihati Razlan dan sekutunya dalam UMNO supaya insaf dengan perbuatan lalu dan berusaha membantu rakyat dengan pelbagai platform seperti yang dilakukan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Jika tidak berminat mungkin boleh fokus kepada bisnes sendiri dan bekerja keras seperti semua yang lain.
“Tidak perlulah untuk ‘bermacai’ bersama UMNO lagi yang tiada masa hadapan.
“Tidak berbaloi melemparkan dakwaan atau kenyataan berunsur perkauman yang tidak akan membawa sebarang faedah kepada sesiapa termasuk diri sendiri,” ujarnya. – Roketkini.com

1 comments:

Unknown said...

Tangkap je bajingan umno. Bagi makan haiwan buas d zoo. Save sikit duit.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena