Apa yang menarik, DSAI dan DSWA adalah tentang baju yang dipakai oleh mereka berdua adalah pakaian yang sama pernah dipakai dalam pernamaan calon di PRK 2008, 2015 dan 2018...
Tumpang sekole.
Adik Lokman Adam direman 4 hari
Adik kepada Datuk Lokman Noor Adam telah ditahan reman empat hari di bawah seksyen 4 Akta Hasutan di IPD Shah Alam.
Adik anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu telah ditangkap pihak polis sekitar jam 3 pagi tadi ketika mengambil beliau dari rumahnya di Bukit Subang, Shah Alam.
Menurut Lokman Noor Adam, pegawai penyiasat kes tersebut dari IPD Shah Alam telah mengesahkan bahawa adiknya ditahan kerana menularkan satu hantaran orang lain yang didakwa mengandungi gambar yang menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya bersetuju adik saya tidak sepatutnya mengongsikan “posting” kenalan Facebook beliau yang mengandungi gambar seorang budak menghalakan punggung ke arah wajah Dr Mahathir yang muncul di kaca televisyen.
“Saya mengutuk tindakan individu itu (kenalan adiknya) sama seperti saya mengutuk penyokong BERSIH melakukan perkara sama terhadap Dato Seri Najib Tun Razak dahulu.
Mk.
0 comments:
Post a Comment