Sunday, 21 October 2018

[Video Tun M-Isu GRAB & Tindakan BIADAP pemandu teksi terhadap PM] Di mana sebenarnya 'PEJABAT BUNIAN' YAYASAN AKALBUDI Zahid? Alamat No 69E-4 Kg Baru hanyalah tapak lapang yang KOSONG...Apa pasai Mat Sabu 'dikepung'.

Ahad, 21 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Suara Rakyat
YAYASAN Akalbudi yang muncul dalam kertas pertuduhan mahkamah dalam kes penyelewengan Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya beralamat di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru.

Namun, pencarian di lokasi yang dinyatakan, di NO 69E-4, seperti dinyatakan dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanya menemui satu tapak lapang yang kosong.

Hanya yg ada ilmu mantik sahaja nampak pejabat yayasan Zahid itu .

Mat Sabu 'dikepung' walaupun ketika basuh tangan di sinki

Mohamad Sabu atau Mat Sabu ‘dikepung’ lagi di Singapura. Kali ini di Restoran Al Jasra, Changi Rd.
Kejadian berlaku ketika Menteri Pertahanan itu singgah di restoran itu semalam selepas temu bual bersama Bernama di Changi Naval Base sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Mat Sabu berada di Singapura selama tiga hari sejak 18 Okt dalam rangka lawatan pengenalan diri ke republik ini.
Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari hingga 20 Okt.
Menteri itu pernah ‘dikepung’ pada Jun lalu di Singapura ketika singgah di Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat.
Beliau turut ‘dikepung’ oleh pekerja-pekerja hotel termasuk Chef tempat beliau menginap ketika di republik itu.
Semalam, beliau tidak ‘dilepaskan’ sekali lagi untuk beberapa ketika oleh orang awam.
Ia memberi sedikit tekanan dan kegelisahan di wajah pegawai pengiring Singapura yang bertugas menjaga keselamatannya.
Rata-rata pengunjung di restoran itu mengenali Mat Sabu dan ‘mengepung’ beliau bertujuan hanya untuk berswafoto bersama seorang daripada pemimpin utama Pakatan Harapan itu.
Mat Sabu seperti biasa tidak menolak dan bersalaman bersama orang awam yang menyapanya.
Ketika melintas jalan bersama Mat Sabu, Bernama turut menyaksikan seorang pemandu van tergesa-gesa menurunkan cermin tingkap dan memanggil “YB Mat Sabuu !”
Mat Sabu dengan bersahaja menyahut “Ya.. Dari mana..?” Dan dijawab pemandu tersebut “Dari Penang…”
Walaupun berjaga-jaga, pegawai keselamatan Singapura tetap memberi ruang untuk orang awam mendekati Mat Sabu.
Mereka tetap mengiringi Mat Sabu walaupun ketika beliau memilih lauk dan membasuh tangan di sinki.
Mungkin sedikit berlainan bagi mereka ‘mengiringi’ pemimpin bernama Mat Sabu ini kerana beliau tidak kekok untuk makan bukan di restoran lima bintang dan bertemu orang awam tanpa protokol.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena