Wednesday, 24 April 2019

Jijiknya kelaku walaun & Uataz apa perangai serupo sampah? Shafee minta tangguh, tapi AG bantah & Saya penat dan bosan - Shafee [Video Bangsa Melayu Bersatu. Buktikan Bersatu]

Rabu, 24 April 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Jijiknya kelaku walaun!
Imej mungkin mengandungi: 22 orang, teks
Uataz apa perangai serupo sampah.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks

 Shafee minta tangguh, tapi AG bantah

Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Seperti biasa Malaysiakini membawakan liputan secara langsung perbicaraan kes berprofil tinggi ini.
Shafee minta tangguh, AG kata 'keadilan mesti diteruskan'
5pm: Shafee cuba memohon prosiding ditangguhkan hari ini, tetapi hakim tidak membenarkannya dan perintah prosiding diteruskan untuk setengah jam berikutnya.
Shafee berkata prosiding mungkin juga diteruskan esok kerana saksi Uma Devi, yang merupakan pengurus Ambank Raja Chulan akan tetap memberi keterangan sepanjang hari esok.
"Adalah idea yang baik untuk berehat kerana ada antara kita perlu melihat cahaya matahari," katanya yang menimbulkan deraian ketawa dari galeri awam.
Bagaimanapun, Peguam Negara Tommy Thomas (gambar di bawah) tidak bersetuju.
"Ini adalah ujian stamina. Keadilan mesti diteruskan. Saksi (Uma) masih di sini (di tempat saksi)," kata Thomas yang merupakan pendakwa raya utama.
Shafee kemudian membalas bahawa saksi juga mungkin keletihan dan sesetengah mereka yang berada di mahkamah mempunyai aktiviti luar seperti bersenam.
"Saya mahu masa saya, saya tidak mahu terjebak di mahkamah," kata beliau.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian memerintahkan agar prosiding disambung untuk tempoh setengah jam lagi.
RM3.2 juta dari akaun Najib pindah ke 2 akaun kad kredit - Saksi
4.28 petang: Uma Devi memberi keterangan mengatakan pada 11 Ogos 2014, Ambank Raja Chulan diperintahkan memindahkan RM3,282,734.16 dari akaun Ambank Najib dan dibahagikan kepada dua akaun kad kredit berasingan.
Dia membaca kenyataan saksi ketika pemeriksaan utama oleh Ketua DPP Suhaimi petang ini.
"Saya merujuk kepada surat arahan bertarikh 11 Ogos 2014, yang merupakan arahan debit.
"Saya mengesahkan bahawa surat arahan itu membawa kepada pemindahan RM3,282,734.16 daripada akaun Ambank Najib.
"Surat itu memerintahkan supaya menggunakan RM449,586.95 daripada RM3,282,734.16 untuk dikreditkan ke dalam kad kredit Visa Platinum.
"Baki sebanyak RM2,833,147.21 dikreditkan ke kad kredit Mastercard Platinum," katanya dalam merujuk kepada kedua-dua kad dikeluarkan oleh Ambank.
Walau bagaimanapun, dia tidak menyebut nama pemilik kad kredit berkenaan.
Saya penat dan bosan - Shafee
4.02pm: Shafee berkata beliau mengakui berasa letih, bosan dan ingin berehat sebentar daripada prosiding.
"Kita telah tiba hampir separuh jalan. Saya tak tahu pula saksi, tapi saya sangat penat dan bosan. Bolehkah kita berehat sekejap," mohon peguam Najib itu daripada hakim.
Ini menyebabkan Uma Devi, Najib dan mereka yang berada di galeri awam tertawa.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian membenarkan permohonan Shafee untuk berehat seketika selepas berjam-jam mendengar keterangan Uma Devi.
Malaysiakini.

1 comments:

nick said...

Najib dan Shafee tak lama lagi boleh berehat sampai muntah2 kat dalam Sg Buloh. Zahid dan Rosmah serta ramai lagi pemimpin2 UMNO akan "join" Najib berehat kat Sg Buloh. Insyaallah! Takbir....err.. mungkin ramai gak pak2 lebai yang dok ikut Najib kat Sg Buloh? Barakallah!

Nick.
cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena