Analisa Kenapa Prabowo Umumkan 3 Kali Menang, Masuk Jebakan?
Post Tertunda Najib Razak dan Admin Najib yang menulis?
Saya baca semua komen-komen yang di tulis oleh pentaksub Najib Razak pada post saya yang lepas. Argument mereka kenapa Najib Razak boleh post waktu mahkamah ialah sebagai page, Najib Razak boleh buat post tertunda dan mereka juga cuba bandingkan jumlah admin page Najib dengan Anwar, Rafizi dan DSAI. Yang paling kelakar ada yang kata saya baru main facebook. Of course kalau ikut friends count mmg sedikit sebab saya berhati-hati antara private posting dan public posting. Untuk rekod, saya mula join Facebook dari tahun 2006 lagi masa ini Facebook hanya boleh di access by invitation. Yup, waktu ramai rakyat Malaysia sibuk dengan Friendster dan Myspace saya sudah ada facebook account.
Najib Razak ada 3.8 juta pengikut dan ia boleh di kira sebagai sosial media influencer. Kalau di barat, mana-mana influencer yang post content berkenaan dengan iklan atau review apa-apa product, FTC ( macam SKMM di malaysia) urge mereka supaya label content mereka sebagai iklan berbayar atau pun review product berbayar. Jika tidak mereka boleh di denda atas kesalahan deceiving follower. Biasa nya kalau page-page besar, kalau sesuatu content itu bukan dari empunya badan yang menulis, mereka akan tulis sebagai (admin). Jadi pengikut tahu ini adalah tulisan admin dan bukan tulis dari empunya badan. Biasanya page yang ada integriti akan menulis macam ini, tetapi bila hendak bercakap tentang integrti pada Najib Razak yang di rumahnya sendiri ada 1 billion hasil wang awam, sangatlah ironis.
Dari pagi tadi sudah ada sekurang-kurangnya 4 post dari Najib tentang ekonomi dan pasaran saham bermula lah dari masa perbicaraan Rasuah Najib bermula. Adalah Najib yang tulis semua post tersebut? Kalau ya, sangat-sangat hebat dan bijak lah Najib, boleh buat 4 schedule post dari masa pagi. Petang nanti tak tahu berapa banyak post pula. Padan lah semalam Najib nampak tegang sampai boleh marah pegawai polis walaupun dia sudah minta maaf akhir nya. Pelik yang kaki troll tapi hati tisu.
Tuan-tuan, ini lah namanya falasi "tu quoque", cuba menyalahkan orang lain supaya dapat alih dari isu sebenar kes pengubahan wang haram dia. Kalau anda perasan, post Najib semakin banyak masa ada perbicaraan. Kes dia macam lembu yang dah nak kena sembelih, biasa dedak dapat satu baldi, hari ni dedak luar biasa sampai dapat 3 baldi. Lembu ingat tuan dia makin sayang pada dia, padahal tuan nak sahaja nak bagi dia ralit dari kena sembelih. Atau rumah dah terbakar, lepas tu boleh pula di tayang cerita avengers end game. In the end semua mati dalam rumah tu sebab dah dapat candu avengers sampai tak sedar diri dah terbakar.
Macam mana saya boleh sangkal tulisan itu semua tulisan Najib? Ini di mana ianya boleh jadi menarik. Dalam sains data, bahagian analisa sentimen ada satu modul python nama dia NLTK (Natural Language Toolkit). NTLK ini mudah cerita ialah untuk mesin memahami bahasa manusia. Dari NLTK ini kita boleh buat sentiment macam gembira/sedih dari sampelan perkataan-perkataan contohnya: bagus, baik, sedap untuk gembira dan buruk, lambat, leceh untuk tidak gembira. Guna NLTK juga kita boleh bahagikan demografi umur misalnya Gen-X, Gen-Y dan Gen-Z. Najib Razak adalah dalam kategori gen baby-boomers dan penulisan "serius doh" pada post dia lebih kepada sesorang yang dalam lingkungan gen-Y. Pernah awak dengar bapa atau pakcik awak tiba2 sapa dengan perkataan, "Yo, jom sapkok dulu" atau "Leklu, gua nak usha barang jap". Mesti awak akan kata buang tebiat apa orang tua ni. Saya ada syak yang salah seorang admin TTKM juga merupakan admin page Najib Razak. Page TTKM yang dulu konon2 nya bi-partisan, kini sudah bertukar pada page sampah yang mana makanan troll nya adalah PH. Dan ini juga menjelaskan kenapa tiba2 page najib razak dari hambar boleh jadi page troll beberapa bulan selepas BN kalah PRU14.
Karakteristik orang yang suka troll ni biasa nya dia sendiri sorang yang lawak dan juga boleh tahan di troll balik, yang mana dua2 nya tiada pada Najib Razak. Troll Najib paling original ialah bila di tanya pasal 1MBD, dia boleh jawap isu Air Di Selangor lebih kritikal dari 1MBD. Lawak Najib tidak kelakar dan membosankan. Jika anda tidak percaya, bagi saya satu bukti yang Najib seorang yang bijak dan boleh berdebat dengan baik. kalau kita search Tun M, Anwar, Rafizi debat di youtube at least kita boleh lihat video mereka berdebat. Tapi Najib Razak berdebat? Siap kata debat bukan budaya kita lagi. Itu belum masuk cerita yang Najib koyak bila tak dapat jawab soalan Mary Ann Jolly. Jadi di mana bijak dan cool nya Najib?
Sekarang kita cerita kenapa Najib koyak. Semalam laywer Najib cuba hendak argue pasal prosidur pendakwaan oleh TT, sampai TT terpaksa pull experience card 42 tahun jadi peguam. Kalau kira tarik experience card ni ikut profesional mmg TT dah habis bengang la dengan perangai lawyer Najib. Kira lawyer Najib pun tau benda dah tak boleh buat apa, so depa hanya boleh lengah2kan perbicaraan. Benda yang menarik tentang akta pengubahan wang haram ni ialah pembuktian jatuh pada pembelaan. Money trail dah ada so kut mana pun Najib pusing mmg dia akan kena. Tu yang semalam bila keluar, Shafie boleh goreng kata Najib di tipu boleh Jho Low. Ha, kalau Najib ni smart sangat macam mana boleh kena tipu dengan Jho Low? Ni nama dia playing victim card tuan-tuan.
Tapi Najib dan lawyer dia ingat depa pandai. AG TT lagi pandai, tu yang AG boleh pula charge dia atas akta lari dari cukai. Kalau pun lah secara ajaib nya najib dapat lepas dari tuduhan AMLA, lepas dari mahkamah rayuan etc, tetap dia akan sangkut dengan akta lari cukai which is penjara juga. Yang best nyer pertuduhan Najib ni banyak, kalau separuh pun dah menang dan Najib bersalah, minimum 50 tahun dalam penjara dalam tangan. Malaysia pula tak ada sistem parol, so kalau at least 30 tahun dalam penjara. Kalau Najib umur panjang (amin) 95 tahun baru keluar dari penjara ( kalau hidup lama ikut umur atok). Tu yang saya berani cakap this is the beginning of the end for Najib Razak.
Penutupnya, Apa-apa yang Najib post dalam facebook tu kiranya alter ego dia; funny, charming & caring, just take it with heavy dosage of ketum. Yang sebenarnya dia adalah mudah koyak, monotonous dan uninspiring.
You can put lipstick on a cow and call it buffalo, but it's still a cow.
0 comments:
Post a Comment