Tuesday, 16 April 2019

[Video Perbicaraan Najib masuk hari ketiga SELEWENG DANA SRC INTERNATIONAL] BN musnahkan Tabung Haji..PH selamatkan TH & Pas hanya tahu 'cakap kosong' aje! Mokhtar: Walaklah atau ahli PAS dijerat mainan syaitan..

Selasa, 16 April 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan teks
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, topi dan teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

Mokhtar: Walaklah atau ahli PAS dijerat mainan syaitan

Seorang tokoh ulama PAS menyarankan dua kaedah kepada anggota parti itu untuk memastikan faham langkah diatur pemimpin mereka.
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata anggota parti mesti memahami tindakan diambil pimpinan mereka melalui ilmu yang betul.
Jika gagal, kata Mokhtar, mereka masih tetap perlu memberikan walak kepada pimpinan serta parti.
Kegagalan berbuat demikian, kata bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu, anggota parti akan terdedah kepada tipu helai syaitan.
"Pada waktu itu tiada jaminan yang anda akan teguh bersama jamaah dan perjuangan," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Tidak dapat dipastikan kepada siapa nasihat tersebut ditujukan namun ia membayangkan wujud rasa tidak puas hati sesetengah anggota PAS ketika ini.
Untuk rekod PAS kini menjalin kerjasama erat dengan Umno dan BN dalam gerak kerja pembangkang menghadapi kerajaan PH.
Bagaimanapun difahamkan tidak semua anggota PAS - terutama di bahagian Pantai Timur - menerima kerjasama itu dengan baik. Antara lain ia disebabkan perseteruan dan persaingan panas di antara PAS dan Umno suatu ketika dulu.
Isu penerimaan wang daripada orang Umno serta penarikan balik saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke atas pengarang Sarawal Report, Clare Rewcastle Brown, dan perkembangan di sebalik penyelesaian luar mahkamah itu juga menimbulkan kegelisahan sesetengah anggota PAS.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena