Showing posts with label UPSR Bocor. Show all posts
Showing posts with label UPSR Bocor. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

Siasat UPSR Bocor! Gantung Tugas Pengerusi Lembaga Peperiksaan KPM - Mahfuz Omar

Khamis, 11 September 2014

PERINGATAN:
  1. Kertas Science 018, 028, 038 ditangguhkan ke 30 September 2014

Siasat soalan UPSR bocor, gantung tugas Pengerusi LP

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar Pengerusi Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia digantung tugas dan bertanggungjawab di atas kebocoran kertas Peperiksaan Science 018 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Katanya, kegagalan kerajaan meneliti punca kebocoran serta mengambil tindakan menyebabkan isu kebocoran soalan peperiksaan ini berulang setiap tahun.

"Kita mahu Pengerusi Lembaga Peperiksaan Malaysia ini digantungkan tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan secara menyeluruh.

"Kita melihat isu ini sentiasa berulang setiap tahun dan ia diam begitu sahaja tanpa ada pihak yang dipertanggungjawabkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut melahirkan kekesalan di atas kebocoran soalan ini sehingga menyebabkan pelajar terpaksa menghadapi peperiksaan bagi kertas Sains itu pada 30 September ini.

"Pelajar telah memberi tumpuan untuk menghadapi peperiksaan UPSR, namun tindakan ini menyebabkan pelajar hilang tumpuan.

"Ia suatu perkara yang amat kita kesali, kelalaian pihak tertentu dalam mengawal kertas-kertas soalan ini menyebabkan pelajar menjadi mangsa," sambung Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dianggarkan 472,853 orang pelajar yang menghadapi UPRS tahun ini terpaksa menghadapi kertas peperiksaan Science 018 yang dibatalkan hari ini pada 30 Septembar nanti.

Dalam satu kenyataan,  Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Science 018 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor.

Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang. - HARAKAHDAILY 11/9/2014

UPSR: Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor


BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor dan murid perlu mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
  
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11 pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat malam tadi yang  disebarkan melalui media sosial.
  
Beliau berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini bocor dan terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.
  
“Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
  
“Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian dan pelaksanaan Program Latihan Berteraskan Continuous Professional Development (CDP) di sini hari ini. - Bernama
Harakahdaily
Read More

UPSR Bocor! Sepatutnya sedia kertas alternatif - Nurul Izzah Anwar

Khamis, 11 September 2014

PKR: Sepatutnya sedia kertas alternatif UPSR

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata kementerian sepatutnya sudah menyediakan kertas ujian alternatif bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam menghadapi kes kebocoran kertas peperiksaan.

Katanya, ia akan dapat memastikan peperiksaan berjalan lancar dan tidak perlu ditunda seperti yang berlaku dalam kes kertas Science UPSR, yang sepatutnya diduduki oleh para pelajar hari ini.

“Penangguhan peperiksaan adalah suatu penganiayaan kepada anak-anak sekolah yang bertungkus-lumus membuat persediaan untuk peperiksaan tersebut; termasuklah keluarga mereka yang terkesan.

“Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan sepatutnya telah lebih bersedia dalam menangani kemelut ini dan dengan serta-merta mempamerkan kebertanggungjawaban yang menyeluruh dalam menjawab, menyiasat dan maklum balas berkala kepada umum berkait sebarang dakwaan kebocoran (kertas peperiksaan),” katanya.

Langkah itu akan mengelakkan dari mengganggu tumpuan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan, katanya lagi merujuk kepada keputusan kerajaan menunda tarikh peperiksaan bagi kertas tersebut pada 30 September.

“Kementerian Pendidikan bersama Lembaga Peperiksaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebocoran ini.

Syak kebocoran kertas peperiksaan lain

“Permohonan maaf tidak memadai; dan sebuah pasukan sepatutnya dibentuk untuk mengenalpasti sumber kebocoran - dengan telus dan bertanggungjawab,” katanya yang merujuk kepada permohonan maaf oleh menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

MP Lembah Pantai itu berkata, lembaga tersebut sepatutnya sudah merangka pelan kecemasan seperti yang diamalkan di United Kingdom apabila satu kertas peperiksaan untuk ujian A-Level pada Jun 2006.

“AQA (Assessment and Qualifications Alliance) telah memberikan set soalan alternatif untuk digunakan dalam peperiksaan A-Level di United Kingdom apabila didapati set soalan asal dalam peperiksaan Pengajian Perniagaan telah bocor,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam kenyataannya bimbang lebih banyak kertas ujian UPSR yang turut dibocorkan.

Malah, kejadian kebocoran kertas peperiksaan bukanlah fenomena baru dalam peperiksaan awam di negara ini, kata presiden persatuan itu, Mohammad Fazril Mohd Saleh dalam kenyataannya.

“Tindakan Lembaga Peperiksaan untuk menarik semula soalan peperiksaan mata pelajaran Science 018, 028, 038 yang bocor ini merupakan suatu tindakan yang betul dan wajar walaupun kemungkinan besar banyak lagi soalan peperiksaan bagi mata pelajaran lain juga turut bocor di media sosial.

“Kami juga percaya, sekiranya satu kertas peperiksaan telah bocor soalannya, maka tidak mustahil untuk kebocoran soalan berlaku untuk kertas-kertas peperiksaan yang lain,” katanya.

Beliau juga menuntut agar siasatan dijalankan dan tindakan dikenakan ke atas pihak terbabit.
Malaysiakini.

PARAH! UPSR: Selepas Kertas Soalan Sains Bocor, Hari Ini Menteri Umum Bahasa Inggeris 1 & 2 pulak... 

PUTRAJAYA - Selepas kertas soalan Sains dilaporkan bocor semalam dan peperiksaan ditunda 30 September ini, calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas bagi subjek Bahasa Inggeris 1 dan 2. 
Hal ini kerana berlaku kebocoran pada kedua-dua kertas soalan berkenaan, umum Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

-SinarHarian
Sedakasejahtera.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena