Sunday, 9 December 2012

Bantuan Kemanusiaan Mangsa Ribut Taman Meru Hari Ketiga

Taman Meru, Ipoh   Ahad 9 Disember 2012

Pada hari ketiga selepas kejadian ribut, penduduk terus diberi bantuan membaiki rumah yang terjejas akibat kejadian ribut tempoh hari. Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat meminta petugas misi bantuan dan ahli-ahli Pas meneruskan komitmen, bantuan tenaga sukarela, dan kesanggupan mengorbankan masa rehat dihujung minggu dalam kerja-kerja amal kerana Allah swt. Menurut beliau usaha dan kesepaduan tenaga sebegini amat diperlukan bagi membentuk ukhuwah sesama kejiranan Taman Meru. Tambahnya lagi meskipun kejadian ribut tersebut berlaku dalam skala domestik, yang penting kejituan dan kepantasan ahli-ahli Pas bersedia menggerakkan jenteranya seperti Petugas Unit Amal, Briged Kibaran Bendera, dan Unit Komunikasi  Pas Cawangan Taman Meru dalam membantu masyarakat setempat.

Menurut jurucakap operasi bantuan, kerja-kerja membaiki kerosakkan dapat disudahkan pada hari ini. Setakat ini 20  buah rumah telah dibaiki.


Tn Hj Asmuni Awi meluangkan masa mendengar pengalaman dilanda ribut daripada Tn Hj Salleh Fadhil penduduk Taman Meru


 Tn Hj Asmuni Awi turun padang dan meninjau kerja-kerja bantuan membaiki rumah






Gergaji mesin digunakan untuk memotong batang pokok yang tumbang






Pagar rumah rosak teruk akibat ditimpa pokok besar


Tn Hj Lot penduduk setempat bimbang pokok besar ini akan menimpa rumahnya jika kejadian ribut berulang lagi

Pokok besar sebeginilah yang menimpa rumah Tn Hj Lot dalam kejadian ribut tempoh hari


Kerja-kerja membaiki bumbung rumah terus dilakukan sementara cuaca masih cerah










'Berat mata memandang berat lagi bahu memikul'


Jam 12.00 tengah hari hujan gerimis mulai turun



Rumah terakhir dilakukan pemeriksaan dan baik pulih

 Tembok pagar yang runtuh

 Kesan ribut taufan di Taman Meru

 Petugas berehat setelah selesai operasi bantuan

 Penyelaras teknikal Tn Hj Ahmad Tayyib mengumpul maklumat daripada mangsa ribut

 Tuan rumah mempelawa petugas menikmati kemanisan buah pulasan yang bermusim sekarang


 Tn Hj Asmuni Awi (dalam kenderaan) dan petugas Pas menamatkan operasi


Beliau turut merakamkan kesyukuran dan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat.

Alhamdulillah
Takbir   Allahuakbar



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena