Friday, 7 December 2012

Kejadian Ribut di Taman Meru, Tempias Taufan Bhopa?

Taman Meru, Ipoh   Jumaat 7 Disember 2012.

Kejadian ribut melanda kawasan perumahan Taman Meru 1A dan 1B pada kira - kira jam 4.30 petang tadi. Ribut tersebut telah mengakibatkan 15 buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang. Tiga buah rumah telah ditimpa pohon besar  berhampiran jalan  Jelapang - Chemor. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Petugas Unit Amal PAS telah dikerahkan ke tempat kejadian setengah jam setelah hujan dan ribut semakin reda. Tuan Hj Asmuni Awi (AJK Pas Pusat/Calon DUN Manjoi PRU 13) juga berada di tempat kejadian untuk menghantar bantuan. Kerja-kerja membaiki diteruskan dan dijangka hingga larut malam. Petugas unit amal dan ahli PAS yang berhampiran telah diminta memberi bantuan. Sehingga jam 7.00 petang ini ramai petugas telah datang membantu kerja-kerja membaiki kerosakan.

Keadaan rumah mangsa ribut

Pokok besar menghempap dapur rumah Tn Hj Lot







Khemah Restoran Dulu-dulu diterbangkan ribut











Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat turut membantu mangsa ribut


Petugas Unit Amal Zon Meru membaiki bumbung rumah mangsa ribut







Kerja-kerja membantu mangsa ribut diteruskan hingga waktu malam


Bekalan elektrik terputus, kerja-kerja bantuan dilakukan dalam kegelapan















Pancaran lampu kereta digunakan untuk menerangi kerja-kerja bantuan



Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat yang mengetuai operasi turut dibantu petugas Unit Amal dan Briged Kibaran Bendera bertungkus lumus membantu mangsa ribut hingga jam 2.00 pagi. Bantuan mangsa ribut akan disambung pagi esok. Tn Hj Asmuni Awi mengarahkan petugas turun awal pagi esok dalam beberapa kumpulan..


Petugas Unit Amal dan Briged Kibaran Bendera akan meneruskan misi bantuannya pada hari kedua 
(Sabtu - 8/12/2012).

Blogger BJ melaporkan dari tempat kejadian sehingga jam 2,00 pagi dan ikuti laporan berikutnya.
Takbir   Allahuakbar   Subhanaulah


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena