Friday 9 October 2015

BEKAS ADUN ALOR LIMBAT (BN) Alias Abdullah maut ditembak di kepala.

Jumaat, 9 Oktober 2015

BEKAS ADUN ALOR LIMBAT, ALIAS ABDULLAH MAUT DITEMBAK DI KEPALA



Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas solat Jumaat tadi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Bekas ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad, berkata beliau dimaklumkan oleh isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional itu, Noriha Muhammad, suaminya ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.

Beliau berkata, kejadian selepas Allahyarham pulang daripada solat Jumaat itu dipercayai berlaku selepas mangsa membuka pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali.

"Mengikut apa yang dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat Jumaat, dua orang lelaki yang bermotosikal pada mulanya mengetuk pintu rumah mangsa di bahagian dapur dan terus menembak mangsa sejurus pintu dibuka.

"Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena pada kepala, sebelum rebah. Arwah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. 


Allahyarham Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dipilih sebagai ADUN Alor Limbat sejak 2004 hingga 2008.

Dilahirkan di Kampung Alor Limbat, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang dari 2004 hingga 2013 dan Ahli Jawatankuasa UMNO Negeri dari 2011 hingga 2013.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri (Timbalan Pendakwaraya/Peguam Kanan Persekutuan) meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

-BHarian
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena