Tuesday, 27 October 2015

AWAS Kamu! “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi". Kesihatan DSAI sangat serius sekarang!

Selasa, 27 Oktober 2015


Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

- ( Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)



Segala ucapan Najib Razak mengenai #bajet2016boleh dirumuskan kepada 2 perkara ini: Apa yang rakyat dapat berbanding apa yang rakyat bayar. Kerajaan BN bagi kenaikan BR1M sebanyak 14 sen sehari dan menghapuskan semua subsidi, sementara rakyat bayar balik dalam pelbagai bentuk cukai sebanyak RM27,857 setahun dan bayar GST RM19 sehari setiap keluarga. Bersyukurlah Malaysia masih aman!

Kupasan penuh di http://rafiziramli.com/2015/10/bajet-2016-kerajaan-kutip-gst-rm19-sehari-setiap-keluarga-berbanding-kenaikan-br1m-14-sen-sehari/


Saya minta Najib Razak hentikan GST serta merta selagi kerajaan tidak boleh bayar balik GST tepat pada masa. Sangatlah tidak adil rakyat bayar tepat pada masa tetapi kerajaan boleh saja lewat refund GST kepada rakyat/peniaga. Sebarkan!


KERAJAAN PERLU HENTIKAN GST DAN BAYAR KEUNTUNGAN KEPADA PENIAGA YANG LAMBAT MENERIMA BAYARAN BALIK GST (“GST REFUND”)

Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chua Tee Yong semalam semasa menjawab soalan lisan telah mengesahkan bahawa sejak GST dilaksanakan, hanya 41% dari bayaran balik GST (“GST refund”) yang dibuat mengikut undang-undang iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh borang GST (“GST return”) difailkan.

Ini bermakna 59% dari bayaran balik GST setakat ini tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri. 59% dari peniaga lewat menerima bayaran balik GST yang membawa kesan kepada aliran tunai (“cashflow”) peniaga. Apabila aliran tunai peniaga terjejas, ini meningkatkan kos perniagaan yang boleh menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Kelewatan bayaran balik GST ini telah ditimbulkan sebelum ini oleh pelbagai pihak baik peniaga sendiri atau dewan-dewan perniagaan. Walau bagaimana pun, kerajaan hanya memberi pengesahan semalam bahawa selama ini memang kerajaan telah lewat membayar balik GST kepada peniaga-peniaga.

Kegagalan membayar balik GST kepada peniaga mengikut tempoh masa yang dijanjikan oleh kerajaan adalah satu kepincangan besar yang tidak boleh dipandang rendah. Setelah 6 bulan GST dilaksanakan, kerajaan masih belum dapat menguruskan sistem GST ini dengan baik dan yang menjadi mangsa adalah peniaga dan rakyat yang lewat menerima bayaran balik.

Saya tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan semalam bahawa ini perkara biasa yang terpaksa dilalui semasa di peringkat awal pelaksanaan GST kerana rakyat telah membayar GST tepat pada masanya sejak ia dilaksanakan pada 1 April 2015 lalu.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya kerajaan berlaku adil kepada peniaga dan rakyat dengan menghentikan serta-merta sistem cukai GST ini sehinggalah segala masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa yang menyebabkan kelewatan bayaran balik GST dapat diselesaikan. Hanya apabila kerajaan dapat membayar balik GST kepada peniaga dan rakyat tepat pada masanya barulah adil rakyat membayar GST tepat pada masanya seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Saya juga berpendapat adalah adil sekiranya kerajaan membayar keuntungan (faedah) di atas jumlah cukai GST yang lewat dibayar balik kepada peniaga dan rakyat sebagai timbal balik kepada kos peniaga dan rakyat yang terpaksa menanggung kos tambahan untuk menampung gangguan kepada aliran tunai akibat dari kelewatan kerajaan membayar balik GST selama ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena