Friday 23 October 2015

Bajet 2016 - Tema Sejahterakan Rakyat sebagai satu ‘jenaka’

Sabtu, 24 Oktober 2015
2 hrs 
 

KENAPA peruntukan pendidikan terus merosot berbanding peruntukan utk jabatan Najib TERUS MENINGKAT ??

KENAPA peruntukan pendidikan terus merosot walhal kutipan cukai lebihan sebanyak RM21 bilion setelah cukai GST dilaksanakan ???

NAMPAK TAK !!!

Mana 2.6 billion?
Mana 2.6 billion?
Mana 2.6 billion?
Mana 2.6 billion?

#Bajet2016

Tema sejahterakan rakyat ‘jenaka’ apabila GST tampung kekurangan hasil petroleum 
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen kurang yakin dengan unjuran kutipan hasil kerajaan daripada cukai korporat yang dinaikkan sewaktu ekonomi sedang merudum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2015.
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen kurang yakin dengan unjuran kutipan hasil kerajaan daripada cukai korporat yang dinaikkan sewaktu ekonomi sedang merudum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2015. 

Pada masa sama, ahli Parlimen Kelana Jaya itu kurang yakin dengan unjuran kutipan hasil kerajaan daripada cukai korporat yang dinaikkan sewaktu ekonomi sedang merudum.
"Bajet ini adalah satu jenaka dan kita curiga dengannya kerana ekonomi kini perlahan tetapi cukai korporat dinaikkan.
"Dalam suku ke-3 dan ke-4 tahun ini kebanyakan syarikat prestasinya semakin perlahan.
"Mereka bermain permainan yang berisiko dengan angka," katanya kepada The Malaysian Insider.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 petang ini mengunjurkan pendapatan RM27 bilion daripada kutipan GST tahun ini dan RM39 bilion daripada kutipan GST 2016.
Beliau juga mengunjurkan kadar defisit pada 2016 menurunkan 0.1% daripada tahun ini kepada 3.1% pada 2016.
Bajet 2016 memperuntukkan sejumlah RM267.2 bilion untuk dibelanja berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda tahun sebelumnya.
Mengulas perkara ini, Wong berkata pengurangan sebanyak RM7 bilion dalam peruntukan seolah-olah memberikan gambaran kerajaan mempunyai disiplin fiskal dengan bajet negara.
Namun, keadaan ekonomi semasa apabila mengambil kira kemerosotan nilai ringgit menyebabkan Wong skeptikal unjuran itu boleh dipenuhi.
"Saya ragu-ragu mereka akan mampu mencapai sasaran defisit 3.1% mereka.
"Dan jika mereka bercakap tentang RM39 bilion kutipan GST, ia amat memeritkan buat rakyat," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong daripada DAP mencemuh bajet ini yang menurutnya menyaksikan peruntukan sebahagian besar kementerian dikurangkan, kecuali peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) meningkat naik.
"Ini bajet dengan begitu banyak pemotongan bagi sebahagian besar kementerian kecuali bagi perdana menteri.
"Ada peningkatan buat perdana menteri tetapi pengurangan buat hampir semua kementerian lain," katanya.
Menurut Liew, JPM pada tahun ini menerima peruntukan RM19 bilion dan pada tahun hadapan ia meningkat naik kepada RM20.3 bilion.
Beliau juga kesal apabila kerajaan dilihat tidak bersedia mengkaji kadar GST sewaktu pelbagai pihak menyeru ke arah tersebut.
"Tidak ada kesediaan memikirkan semula GST. Beliau menyebut hasil petroleum menurun dan oleh itu, kerajaan memerlukan GST bagi membiayai bajet," katanya.
Tema "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" yang melatari Bajet 2016 menyaksikan kerajaan menggariskan 5 teras lain iaitu Memperteguh Ketahanan Ekonomi Negara, Meningkatkan Produktiviti, Inovasi dan Teknologi Hijau, Mempersiaga Modal Insan, Menperkasa Agenda Bumiputera, dan Menangani Kos Sara Hidup Rakyat. – 23 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tema-sejahterakan-rakyat-jenaka-apabila-gst-tampung-kekurangan-hasil-petrol#sthash.Swmis95b.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena