Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dilihat meninggalkan perkarangan bangunan Parlimen sebelum sesi sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada 6.30 petang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 21 Oktober, 2015.
Selepas ditarik, Putrajaya hantar semula notis usul gantung Kit Siang
Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah kepada pemberita di lobi Parlimen, sejurus tamat sidang Dewan Rakyat hari ini.
"Notis itu diserahkan kembali sekitar jam 6 petang tadi," kata Sivarasa kepada pemberita.
Pandikar bagaimanapun memberi kata dua kepada Lim dan masih menantikan permohonan maaf tanpa syarat dan penarikan balik kenyataannya terhadap kerusi speaker apabila mengatakan speaker bersikap diktator dan menyalahgunakan kuasanya apabila menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Tindakan Azalina mengemukakan kembali usul berkenaan dipercayai susulan Lim masih tidak mengemukakan sebarang kenyataan permohonan maaf atau menarik balik kenyataannya seperti dituntut Pandikar.
Veteran DAP itu juga turut dilihat meninggalkan perkarangan bangunan Parlimen sebelum sesi sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada 6.30 petang.
Pandikar sebelum itu memberikan masa kepada Lim sehingga Dewan Rakyat selesai membahaskan usul berkaitan jerebu yang tamat pada 5.30 petang tadi untuk membuat permohonan maaf dan penarikan balik kenyataannya.
Beliau turut berkata, tindakannya membenarkan usul berkaitan jerebu dibahaskan di Dewan Rakyat demi kepentingan ramai menunjukkan dirinya tidak mengamalkan diktator dan tidak mengikut telunjuk sesiapa termasuk perdana menteri.
"Saya bukan diktator dan tidak mengikut telunjuk perdana menteri!," kata Pandikar. – 21 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-ditarik-putrajaya-hantar-semula-notis-usul-gantung-kit-siang#sthash.bnMI9Ufn.dpuf
0 comments:
Post a Comment