Thursday, 22 October 2015

MAHKAMAH Persekutuan menolak usul Gerakan...Hadi dah boleh bawa RUU ke Parlimen!

Jumaat, 23 Oktober 2015

Tidak perlu kupasan dan ulasan panjang lebar ... sekadar gambar sebagai berbicara .. ADILKAH?

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH, SERIUSKAH? 

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak usul yang difailkan oleh Gerakan untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan tetapi telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Mac lalu. 

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaharah Ibrahim menolak permohonan itu atas alasan bahawa ketiga-tiga pemohon gagal untuk mendedahkan bagaimana undang-undang itu memberi kesan kepada mereka dan membuktikan sama ada mereka memang adalah beragama Islam.  "Saya sudah meneliti afidavit para pemohon dan tidak mendapati dalam afidavit, satu kenyataan bahawa hak mereka secara spesifik terjejas atau akan terjejas oleh undang-undang yang dicabar.  "Oleh itu, usul itu ditolak dengan tiada perintah tentang kos," katanya. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana hukum Islam ini tidak dipermainkan hatta di mahkamah sekalipun.  RUU berkenaan pastinya akan dibawa oleh Hj Hadi, Presiden Pas di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang kerana tiada lagi halangan seperti yang beliau perkatakan sebelum ini.

 Samada Speaker menerimanya untuk memasukkan RUU tersebut sebagai perkara utama atau tidak, itulah risiko yang terpaksa dihadapi apabila kita mengharapkan pihak yang tidak pernah berhajat kepada undang-undang Islam. 

Seandainya dibahaskan juga, tidak mudah pula untuk melaksanakannya kerana kita tahu pendirian Umno, MCA, Gerakan atau Bn keseluruhannya terhadap hukum ini.  Bagi PH tentunya kita tetap berpegang kepada pendirian asal iaitu perjuangan kita melangkau dari yang ingin diperjuangkan oleh Pas.  Bagi PH, Islam itu syumul dan kebajikan serta keadilan Islam itu mestilah dipraktikkan agar menampakkan bahawa Islam bukan hanya sekadar ugama menghukum. 


Tiada jalan lain untuk melaksanakan perintah Allah di dalam konsep bernegara selain dari menjatuhkan rejim terlebih dahulu.  Tidak masuk akal langsung jika kita mengharapkan rejim zalim untuk membantu kita melaksanakan hukum Allah sedangkan rejim berkenaan berterusan melanggar hukum Allah.  Tidak sedikit pun menampakkan rejim yang ada ini menunjukkan sikap ingin berubah.  

Tumpuan sekarang mestilah kepada usaha untuk menjatuhkan rejim melalui sistem yang sah di negara ini.  Rakyat sedang menderita untuk hidup di negara ini dengan berbagai masalah yang dihadapi.  Ekonomi semakin hancur, rakyat semakin susah dengan kos sara hidup yang tinggi.  Wajib kita ambil-alih kerajaan yang menyusahkan seperti ini.  Menang di Putrajaya dengan nawaitu untuk melakukan kebaikan serta melaksanakan kebajikan kepada rakyat, itulah kemenangan yang Allah redhai.  Kita mahu menang dengan redha Allah.  

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena