Wednesday, 21 October 2015

Remaja Cipta ‘jam bom’, dijemput Obama, Zuckerberg.

Khamis, 22 Oktober 2015

Remaja Cipta 'Jam Bom' Pindah ke Qatar


TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Remaja lelaki yang menarik perhatian dunia selepas ditahan kerana jam yang diciptanya disangka bom mengambil keputusan untuk berpindah ke Doha, Qatar dan menerima biasiswa yang ditawarkan kepadanya.

Keluarga Ahmed Mohammes, 14, mengumumkan perpindahan tersebut dalam kenyataan beberapa jam selepas melawat White House sempena malam astronomi selepas dijemput oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.


Ahmed akan menerima tawaran Yayasan Qatar untuk menyambung pelajaran dibawah program inovasi anak muda.

"Ini bermakna, Ahmed sekeluarga akan berpindah ke Qatar di mana Ahmed akan mendapat biasiswa penuh untuk persekolahan menegah dan ijazah sarjana muda," kata wakil keluarga yang dipetik dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, Ahmed turut melawat Doha pada awal bulan lalu dan dibawa melawat beberapa tempat dan bertemu Presiden Sudan, Omar al-Bashir.

Dalam pada itu, memetik satu kenyataan yang dikelurkan Yayasan Qatar, Program Inovasi Anak Muda mengalakkan penerima untuk merealisasikan cita-cita dan memupuk budaya inovasi dan kreativiti.

Dalam kenyataan itu, Mohammed turut melahirkan rasa kagum dengan apa yang ditawarkan yayasan berkenaan.

"Saya turut bertemu kanak-kanak lain yang berminta dalam bidang sains dan teknologi dan akan belajar banyak perkara kelak," katanya dipetik Al Jazeera. -Sinar Harian/21/10/15
DCM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena