Wednesday, 21 October 2015

MB Kelantan, Ahmad Yakob tak mahu letak jawatan, meskipun usul hudud gagal dibentang.

Rabu, 21 Oktober 2015
MB Kelantan tidak akan letak jawatan kerana usul hudud gagal dibentang 
  Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob berkata jika hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri itu pada tahun ini, beliau tetap tidak akan lepaskan jawatannya sebagai menteri besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2015.
Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob berkata jika hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri itu pada tahun ini, beliau tetap tidak akan lepaskan jawatannya sebagai menteri besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2015.

MB Kelantan, Ahmad Yakob tak mahu letak jawatan walaupun pernah berjanji akan letak jawatan sekiranya gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini

KOTA BHARU: Adun Wakaf Baharu, Datuk Ahmad Yakob tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri ini tahun ini. Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, tanggungjawab beliau untuk membuat persediaan serta membawa perkara berkenaan ke peringkat tertinggi telah selesai.

"(Soal letak jawatan) itu apabila kita tidak dapat membuat persiapan. Sekarang ini kita telah siap semua. Pindaan (Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri) telah buat, (telah) selesai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Promosi Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) dan Himpunan Belia Kelantan sempena majlis sambutan Hari Hududullah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Ahmad mengulas mengenai janji yang dibuatnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) tahun lepas yang menyatakan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan jika masih gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini. 

Ditanya mengenai kemungkinan usul undang-undang persendirian dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat ketika undi ahli parlimen Pas semakin berkurangan selepas ada segelintir daripada calon parti itu melompat ke parti lain, Ahmad berkata, perkara berkenaan tidak melibatkan masalah parti. "Ini bukan masalah parti atau bangsa, ini masalah orang Islam yang sepatutnya menyokong undang-undang ALLAH. Asal dia Islam, dia tidak terkecuali, itu yang asas.

"Kita tidak kira apa parti, apa jenis bangsa, asalkan mereka Muslim, mereka patut beri sokongan untuk pelaksanaan hukuman ALLAH ini," katanya. -Bernama

Kerengga.

1 comments:

Master Jaguh said...


AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK SINI <<<

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena