Sunday 18 October 2015

[Video] Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib..."Kita tunggu dan lihat, kata Hadi

Ahad, 18 Oktober 2015



Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib 
OLEH SHERIDAN MAHAVERA


"Kita tunggu dan lihat dan sama ada perlu lakukannya," kata presiden PAS itu ketika ditanya berkenaan usul yang dikemukakan pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian apabila Parlimen bersidang semula esok.
Kenyataan Hadi itu bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin dilaporkan berkata, ahli Parlimen PAS akan menunggu arahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.
"Kita akan menantikan perkara ini dibentangkan di Parlimen. Kita bergantung kepada ketua pembangkang, Dr Wan Azizah untuk membuat keputusan. Kita tengok dulu. Undi tidak percaya sebahagian daripada prosedur Parlimen dan kita sokong undi itu."
Pada 31 Julai, Hadi berkata, PAS tidak akan menyokong sebarang usul tidak percaya terhadap Najib.
Notis yang dikemukakan Hee merupakan item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan apabila Dewan Rakyat mula bersidang untuk mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13, Isnin ini.
Hee menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul itu, termasuk derma RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.
"Dewan ini mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan penerimaan 'wang derma' berjumlah RM2.6 bilion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar The Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperoleh daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.
"Dengan tidak menjelaskan mengapa 'wang derma' ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku di mana 'special task force' yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat 4 anggota PAC yang terbabit dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri oleh perdana menteri, pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, timbalan pengarah SB dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan," menurut notis itu
Hee berkata disebabkan masalah yang dinyatakan, Najib menjejaskan imej negara di mata dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat. – 18 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-ya-atau-tidak-untuk-pas-sokong-undi-tidak-percaya-najib#sthash.3B1LfkGu.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena