Thursday 22 October 2015

[Video] Kelantan: Pelajar belasah rakan dengan aksi Muay Thai &Tiga Suspek Wanita Belasah Remaja Perempuan Direman!

Jumaat, 23 Oktober 2015

Belasah rakan dengan aksi Muay Thai

Mangsa telah ditendang beberapa kali di bahagian badan dan muka hingga tersungkur.

muay-thaiPETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki beraksi ala Muay Thai untuk membelasah rakan sebaya.

Bertempat di sebatang jalan kampung, kedua mereka bergasak dengan disaksi teman yang lain.

Berdasarkan penelitian pada visual yang dimuat naik, tertera nama sebuah sekolah yang terletak di daerah Tumpat, Kelantan.

Dalam rakaman yang dimuat naik ismaweb, mangsa telah ditendang beberapa kali di bahagian badan dan muka sehingga tersungkur.

Bagaimanapun, tidak diketahui tarikh dan waktu kejadian itu berlaku.
FMT.


Video Tiga Suspek Wanita Belasah Remaja Perempuan Direman

Polis menahan reman dua lagi suspek yang terlibat merakam insiden pukul seorang perempuan berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab, Tanjung Chat yang tersebar di laman media sosial.
BLM.

Tiga wanita belasah remaja direman

22/10/2015 3:36pm
Gambar viral yang menunjukkan dua wanita menendang seorang remaja di Kelantan baru-baru ini.

KOTA BHARU - Tiga orang wanita yang dipercayai membelasah seorang remaja perempuan berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab, Tanjung Chat di sini sebelum rakaman videonya viral direman bagi membantu siasatan.
Seorang penjual kosmetik perniagaan dalam talian berusia 27 yang ditahan pada Isnin lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini disambung reman selama tiga hari bermula esok.
Sementara itu, dua lagi individu berusia 20-an yang merakam insiden itu direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah.
Pada Selasa lalu, rakaman video seorang remaja dibelasah tiga wanita pada 15 Oktober lalu menjadi viral di laman sosial yang dikatakan berpunca daripada salah faham.
Polis menahan suspek utama pada Isnin lalu sebelum dua lagi rakannya turut ditahan hari ini di sekitar bandar ini. - K!ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena