Saturday 31 October 2015

UMNO-PAS: Lagi laluan di buka...

Sabtu, 31 Oktober 2015

UMNO-PAS: Lagi laluan di buka, jejambat bersambung! 

Perkasa cadang Umno-PAS selesai isu menerusi Majlis Ukhuwah Islamiah Negara 
PM Presiden Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali berkata penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara dicadangkan bagi membolehkan Umno dan PAS cari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015. 


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Muin) bagi membolehkan Umno dan PAS mencari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja. 

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata Muin boleh menjadi badan gabungan Umno-PAS untuk membincangkan isu berkaitan tanpa libatkan politik, sebaliknya lebih ke arah kepentingan orang Melayu dan Islam. 

"Perkasa sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kepentingan politik mahu Muin menjadi tempat buat Umno dan PAS berbincang menangani beberapa isu berkaitan Islam dan institusi raja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Khas Perkasa Parlimen Kuala Terengganu, hari ini. 

Ibrahim berkata dalam menyelesaikan isu Islam dan institusi raja, kedua-dua parti perlu ada ruang yang membolehkan mereka duduk bersama menyelesaikan masalah demi kepentingan orang Melayu serta Islam. 

Katanya cadangan penubuhan Muin dikemukakan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiga minggu lepas, dan parti itu bersedia mengkajinya. – Bernama, 30 Oktober, 
2015. 

Posted by mountdweller 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena