Kapal perang pemusnah peluru berpandu AS ronda Spratly
WASHINGTON – Sebuah kapal pemusnah peluru berpandu Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) belayar menghampiri beberapa pulau buatan China di Laut China Selatan semalam sekali gus mengundang kemarahan Beijing.
Rondaan oleh kapal USS Lassen di kawasan seluas 22.22 kilometer persegi yang dituntut oleh China di sekitar Kepulauan Spratly itu berisiko meningkatkan lagi ketegangan di Laut China Selatan yang merupakan salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia.
Seorang pegawai pertahanan AS berkata, USS Lassen belayar dalam lingkungan 22.2 kilometer dari Terumbu Subi.
Seorang lagi pegawai pertahanan AS memberitahu, rondaan beberapa jam itu yang turut membabitkan Terumbu Mischief merupakan misi pertama daripada beberapa latihan ketenteraan bertujuan untuk menguji tuntutan China di Laut China Selatan.
Dalam ulasannya berhubung perkembangan tersebut, Kementerian Luar China berkata, ‘pihak berkuasa berkaitan’ telah memantau, mengekori dan memberi amaran kepada USS Lassen selepas ia secara haram memasuki perairan di Kepulauan Spratly tanpa kebenaran pemerintah China.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3pqjLnIaT
Hakcipta terpelihara
0 comments:
Post a Comment