Gantung Kit Siang - BN Dakwa MP PAS Undi Sokong
PAS ketepi perbezaan, undi tolak usul gantung Lim
PAS hari ini mengketepikan pergeserannya dengan DAP dan bersatu bersama pembangkang dalam undian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli PAS yang hadir hari ini mengundi menentang usul menggantung Lim.
"Prosiding hari ini adalah salah dari segi fakta dan undang-undang. Atas dasar itu, kami (wakil rakyat PAS) yang ada dalam Dewan hari ini menyokong menolak usul penggantungan itu.
"Bagi kami isu besar sekali adalah isu negara, bukan penghinaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen bersama-sama dengan semua pembangkang.
Antara wakil rakyat PAS yang hadir adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Turut bersama adalah bekas ahli parlimen PAS yang kini menganggotai AMANAH seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Sebelum sidang media itu, Dewan Rakyat menggantung Lim selama enam bulan kerana didakwa mempertikai integriti Pandikar melalui undi blok memihak kepada kerajaan.
Sementara itu, Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata parti itu menyokong usul membantah penggantungan Lim disebabkan pemimpin DAP itu tidak diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya.
"Kalau tengok dalam isu tuduhan fitnah ada pengecualian, sama ada ia justifikasi atau memberi komen balas, tapi Gelang Patah tidak diberi peluang untuk mengemukakan pembelaan
"Bagi kami 'natural justice' tidak ditegakkan," katanya.
Pergeseran antara PAS dan DAP menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah dan melahirkan Pakatan Harapan dengan gabungan PKR, DAP dan AMANAH - parti Islam serpihan PAS.
BLM.
0 comments:
Post a Comment