Wednesday, 21 October 2015

Pembentangan Budget 2016: Penganalisis Ekonomi Ramal Tahun 2016 Getir Bagi Kerajaan dan Rakyat.

Rabu, 21 Oktober 2015
budget 2016 malaysia

Pembentangan Budget 2016 Malaysia : Penganalisis Ekonomi Ramal Tahun 2016 Getir Bagi Kerajaan dan Rakyat Malaysia

Berita Semasa boleh katakan di sini, inilah Budget 2015 Malaysia yang paling getir dalam sejarah pembentangan Budget Malaysia sepanjang rakyat Malaysia di bawah tampuk pemerintahan Najib Razak.
Inilah juga budget Malaysia yang bakal memberikan nafas tambahan dan suntikan bagi menambah warna dan talian hayat bagi survival politik Najib Razak di Malaysia. Masakan tidak, melihatkan sahaja sokongan rakyat Malaysia malahan orang Melayu terhadap kepimpinan Najib Razak yang terus jatuh ke paras hanya 31 peratus sahaja berdasarkan laporan Merdeka Center yang terbaru.
Tidak cukup dengan itu, Najib Razak satu-satunya Perdana Menteri yang berhadapan dengan dakwaan jenayah yang cukup berprofil tinggi sehingga menjadi buah mulut bukan sahaja di Malaysia malahan peringkat antarabangsa termasuklah pada hidangan berita Wall Street Journal yang trending di sana.
Dan menjelang pembentangan Budget 2016 Malaysia pada 23 Oktober 2015 ini juga, Malaysia akan menempuh satu lagi tempoh 12 bulan yang akan cukup getir berdasarkan dapatan pakar ekonomi termasuklah :

Analisa Pra Budget 2016 Malaysia oleh Moody, Bank Negara, Bank Dunia?

  1. Perkembangan ekonomi Malaysia dijangka hanya berada paras 4.5 peratus sahaja tahun 2016. Siapa kata, Moody!
  2. Bank Dunia pula melihat pertumbuhan ekonomi Malaysia yang perlahan pada tahun 2016 sebagai tindakbalas di atas kelembapan harga komoditi sekaligus memberikan impak pendapatan kerajaan Malaysia
  3. Faktanya sekarang ini kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan mellaui dividen yang dibayar oleh Petronas. Hakikatnya dan realitinya jumlahnya semakin berkurang apabila daripada RM29 bilion pada tahun 2014, RM26 bilion tahun 2015, hanya RM18 bilion akan dibayar kepada kerajaan untuk tahun 2016
  4. Inflasi Malaysia tahun 2016 masih tiada ramalan dan jangkaan termasuklah daripada Bank Negara setakat ini
  5. Kos sara hidup rakyat Malaysia terus meningkat ketika ini
  6. Ketidakseimbangan politik Malaysia apabila krisis 1MDB dan skandal RM2.6 bilion masih lagi tergantung sehingga kini sehingga memberikan persepsi yang tidak baik kepada pelabur di luar sana
  7. Cubaan pembangkang Malaysia bersama-sama ahli parlimen BN yang lain untuk tidak menyokong Budget 2016 Malaysia kali ini
Tidak mustahil kita akan mendengar lebih banyak siri berita kenaikan selepas ini. Nantikan...

 Berita Semasa

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena