Thursday, 22 October 2015

Takiyuddin Berdusta, Ramai MP PAS Tidak Laksanakan Tanggungjawab..."Majoriti ahli parlimen PAS tidak hadir".

Jumaat, 23 Oktober 2015
Gambar: Ahli-ahli Parlimen PAS yang tidak hadir/tak mengundi di Dewan Rakyat hari ini. 

PAS ketepi perbezaan, undi tolak usul gantung Lim? 
PAS hari ini mengketepikan pergeserannya dengan DAP dan bersatu bersama pembangkang dalam undian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli PAS yang hadir hari ini mengundi menentang usul menggantung Lim. 

"Prosiding hari ini adalah salah dari segi fakta dan undang-undang. Atas dasar itu, kami (wakil rakyat PAS) yang ada dalam Dewan hari ini menyokong menolak usul penggantungan itu. 

"Bagi kami isu besar sekali adalah isu negara, bukan penghinaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen bersama-sama dengan semua pembangkang. 

Antara wakil rakyat PAS yang hadir adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar
Mk.

ULASAN GB 
Nampaknya Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan tidak bercakap benar mengenai pengundian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen. 

Majoriti ahli parlimen PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat sewaktu pengundian dijalankan. Cuma tiga yang hadir iaitu Takiyuddin sendiri, Idris Ahmad dan Mahfuz Omar. 

Manakala 7 orang lagi dari PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat. Mereka adalah Haji Abdul Hadi Awang (Marang), Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas), Nasruddin Hassan Tantawi (Temerloh), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Izani bin Hussin (Pengkalan Chepa) dan Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus). 

Lansung tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat. 

Cakap berdegar-degar tetapi kewajipan tidak dilaksanakan. Walaupun berada di blok pembangkang mereka tidak lansung ambil peduli untuk menolak usul penggantungan Lim Kit Siang. Maka adalah terlebih baik untuk mereka menyertai UMNO/BN supaya tampak lebih jelas pendirian PAS yang sebenarnya dan akan memudahkan rakyat membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang. 

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Allah Maha Melihat. Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka akan dihumban keluar dari Dewan Rakyat. 

Dicatat oleh 

ulasan:


Tanpa Nama berkata...
bkn kne humban keluar dewan rakyat tp kena humban dlm api neraka...
Tanpa Nama berkata...
Pengikut yang bersama pas sekarang sedang berpecah lantaran perangai buruk hadi yang tidak ketahuan. Bagus bagus. Gumbira gumbira.
Tanpa Nama berkata...
Kata Ashraf Wajdi Dusuki,anggota MP BN yg hadir ialah 97. Undi sokong 107. Memang ada MP pembangkang yg sokong usul tu. Ashraf siap ucap terima kasih kpd PAS. Lagi mau ajak PAS join PH ka?
Tanpa Nama berkata...
Hello. Hello dengar ke? Hantar tiga ekor saja. Yang lain, pegi cafe. Program memindah keluar mp2 pembangkang berjalan lancar. Speaker kita cukup2 cekap buat kerja. Kau dah boleh wirid dah 'Ikut suka akulah nak masuk ke tak nak masuk dewan. Pegi mamposlah kau lim' Ulang2 sejuta kali ye..

Wiridlah ayat2 ni. Besar pahalanya. Kan kau benci sangat dap kan? Speaker kita sedang tunggu saja mp2 pembangkang lawan cakap dia. Terus kena terajang. Skrip sudah diatur. Jangan risau. Kau wirid saja.

Bila semua mp2 celaka itu sudah kena terajang semua sekali, dewan ini kita punya. Tiap2 mp kita dah stanby macam2 usul. Nak pulun sampai 3 pagi kali ni. Cadang saja terus lulus. Cadang saja terus endorse. Las2 punya usul ialah dapat sorang rm10 juta duit petrol. Najib kekal jadi pm.

Pegi mampos semua pembangkang. Kui kui kui.
Tanpa Nama berkata...


Bahaya sungguh penyakit putar-belit ini ..

Cepat berjangkit dan bertambah ramai yang kena.

Tu lah dah kata letakkan PAS kat Blok B atau C.

Hari-hari mesti ada je benda yang nak di tipu.

Najib yang teruk tu pun PAS sokong ini kan pulak Speaker untuk Parlimen yang di tuduh diktaktor.
Tanpa Nama berkata...
Ajakan PAS ke PH kena tanya Azmin. PKR tidak belajar dari kesilapan.


1 comments:

Unknown said...

Sapa kata x tuang presideng x attend.. Nama pon Haji HADIrrr... wekkk. KP (nik AbDUHHH) x hadir sebab sakit. Bachok ada sebab nama dia pon MArSUK.. hahahaaaa wekkkk...

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena