Wednesday, 21 October 2015

Kenyataan Rasmi Media KPM Senarai Sekolah Cuti Jerebu esok 22.10.2015 (Khamis)

Rabu, 21 Oktober 2015
LAMPIRAN KENYATAAN RASMI MEDIA KPM
Kenyataan KPM Cuti Jerebu 22 Oktober 2015
Bacaan indeks pencemaran udara Shah Alam ‘sangat tidak sihat’ 

Di tempat lain, 29 kawasan daripada 52 stesen pengumpulan mencatatkan IPU tidak sihat dengan suhu meningkat di kawasan Lembah Klang.
Ini termasuk Pelabuhan Klang (193), Putrajaya (182), Banting (178) dan Petaling Jaya (176) setakat jam 6 pagi tadi.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Batu Muda dan Cheras, bacaan direkodkan ialah masing-masing 161 dan 146.
Kualiti udara tidak sihat turut direkodkan di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Sekolah di beberapa daerah termasuk di Selangor dan Kuala Lumpur masih ditutup hari ini, iaitu hari ketiga berturut-turut sejak Isnin, membabitkan 2,528 sekolah dan lebih 1.7 juta pelajar. – 21 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu esok 22.10.2015 
Negeri Sekolah Cuti Jerebu 22 Okt 2015

Keadaan berjerebu di beberapa negeri semenanjung dan bahagian di negeri Sarawak pada Rabu, 21 Oktober 2015 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda selain berada pada paras tidak sihat. 

Malah kualiti udara di kawasan Shah Alam di negeri Selangor berada pada sangat tidak sihat (201-300) menurut rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia setakat jam 5 petang. 

Berikutan daripada keadaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka akan membuat pengumuman bagi memaklumkan sekolah di negeri, daerah atau bahagian kawasan dilanda jerebu yang perlu ditutup esok (22 Oktober 2015, Khamis) bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar. 

SENARAI NEGERI PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU 

Bagi memberikan maklumat terkini, MYsumber akan mengemaskini senarai negeri dan bahagian yang terlibat dengan penutupan sekolah esok, sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh KPM. 

Penutupan Sekolah Pada 22.10.2015 Akibat Jerebu 

Penutupan sekolah di seluruh kawasan (negeri) adalah seperti berikut: 

Negeri Sembilan 
Selangor 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 
Perak 
Pulau Pinang 
Kedah 
Perlis

Penutupan sekolah melibatkan beberapa kawasan sahaja adalah seperti berikut:

Pahang – Penutupan sekolah hanya membabitkan daerah di Bentong 

Sarawak – Penutupan sekolah hanya membabitkan bahagian di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong

Pautan Sumber: mysumber.com

Kementerian Pendidikan Malaysia.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena