Friday, 4 October 2013

Video Panas!!! 'Jangan Spin Ma..Tulis betul-betul aaa?' Zahid Hamidi Naik ‘Angin’ Dengan Malaysiakini!

Jumaat, 4 Oktober 2013
'Stop spinning my words': Home Minister warns Malaysiakini again
Published on Oct 3, 2013
Home Minister Zahid Hamidi gets frustrated at a Malaysiakini reporter - saying there's no point answering his questions as the news portal will always spin what he says in the end. The Minister also stresses that the RM1.3 million worth of weapons lost by the police was purely accidental.
ahmad zahid warn malaysiakini 041013
Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa kehilangan senjata polis bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewangan atau unsur rasuah.

Sebaliknya, kata beliau, kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.
Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata "tiada lagi" soalan dari Malaysiakini.

Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.

"Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan  oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

"Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan," katanya kepada pemberita.

Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat.
Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara".

Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi.

Zahid memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya.
"Malaysiakini, you tulis itu macam ar, betul-betul ah, jangan tulis lain...," tegasnya.

Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu.
"You pun tulis tak betul. Tak mau layanlah Malaysiakini. You tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN, patut you tak payah datang sinilah, malulah datang," katanya lagi.
IdaMan_Blog
Laporan Audit Negara: Polis Hilang GARI, SENJATA API
[MK] Laporan Ketua Audit Negara 2012 hari ini mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.

Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.- 1/10/13

Laporan Lain:
Audit Dedah Polis Hilang Aset Rm1.33 Juta
[SH] KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara hari ini mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013.

Rekod Ketua Audit Negara menunjukkan PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.

Daripada jumlah itu, statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM mendapati, aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

"Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.

"Pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam," dedah laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Antara kelemahan yang ditemui audit berkenaan adalah kehilangan aset lewat dikesan; kelewatan melapor kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis; Ketua Jabatan lewat menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset; Jawatankuasa Penyiasat Kes kehilangan aset lewat ditubuhkan; dan Jawatankuasa Kehilangan Aset lewat menyediakan Laporan Akhir.

Kelemahan lain termasuk soal pengurusan aset seperti Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira lewat mengambil tindakan susulan; kelewatan mengambil tindakan diperingkat kontinjen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus; Kelewatan mengambil tindakan surcaj; tempat penyimpanan tidak selamat; dan ruang penyimpanan aset yang sempit dan terhad.

Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan agar pasukan PDRM memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut ketetapan supaya dapat mengesan kes kehilangan aset berkenaan.

"Memastikan pematuhan kepada penetapan norma masa proses kerja hapus kira aset supaya punca kehilangan dapat dikenal pasti segera.

"Memastikan kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan, atau kecuaian pegawai atau anggota dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib supaya menjadi satu usaha pencegahan bagi mengawal kes kehilangan," syor laporan audit. -1/10/13

Kemas Kini:
Respons KPN di sini.
Senjata Api PDRM
Berita Semasa
Logikkah 44 laras senjata api yang hilang itu tidak jatuh ke tangan penjenayah? 

Kata KPN: "Setakat ini daripada laporan balistik kita, daripada 37 senjata yang hilang itu kita belum kesan lagi ia pernah digunakan untuk jenayah,” katanya pada sidang media hari ini.

"Kehilangan ini tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh waktu atas bot dalam laut, atau jatuh dalam air dan tidak ada orang yang dapat,” katanya.

Angka yang dinyatakan oleh Khalid itu bagaimanapun berbeza dengan laporan audit yang menyebut bahawa polis kehilangan 44 senjata api. -2/10/13
DCM



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena