Tuesday, 18 February 2014

DBKL Perkenalkan Caj Kesesakan... Kena lagi! Sesak, sesak dan sesak. Sampai bila?

Selasa, 18 Februari 2014
Waktu Kemuncak Di Kuala Lumpur

Beginilah keadaan yang berlaku apabila pengguna terpaksa berebut-rebut ingin cepat ke tempat kerja dalam keadaan lalu lintas sesak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang - Utusan

Seksanya memandu di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR sesak, sesak dan sesak. Sampai bila? Itulah persoalan yang sentiasa diajukan bukan sahaja oleh warga kota, malah sesiapa sahaja yang sering berurusan ke Kuala Lumpur.


Sememangnya fenomena ini termasuk kesesakan teruk sehingga kenderaan tidak bergerak di beberapa lokasi di ibu negara bukannya isu baharu. Ia sentiasa dibincang, dibahas, dicari penyelesaian dan dilaksanakan pelbagai tindakan oleh pihak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tetapi penyelesaian demi penyelesaian untuk menangani masalah kesesakan di Kuala Lumpur tidak pernah berhasil dan tidak pernah tuntas.

Setiap hari bekerja dari 6.30 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 malam di jalan-jalan utama sesak teruk, sehinggakan tercipta istilah melekat ‘bumper ke bumper’ iaitu gambaran bahawa trafik langsung tidak bergerak dalam tempoh itu. Selepas itu baru kenderaan bergerak, itu pun kelajuan 30-50 kilometer sejam (km/j).

Bahagian Pertama laporan khas Kuala Lumpur Sesak, Sampai Bila? ini memaparkan kepada pembaca mengenai situasi di atas jalan-jalan utama pada setiap hari bekerja. Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. AZRAIE MD. YUSOF dan SITI ROHAIZAH ZAINAL serta jurugambar MUHAMMAD NAQUIB ZUBIR selama dua minggu melakukan tinjauan, pengamatan dan penyiasatan bagi mengenal pasti lokasi sesak, punca dan cadangan mengelakkan lokasi tersebut.

KEADAAN sesak di Jalan Damansara/Lebuh Raya Mahameru di kedua-dua arah. - UTUSAN/MUHAMMAD NAQUIB ZUBIR (PELATIH IKBN PERETAK)


PENYELESAIAN!  Projek Billion lagi,  pasti untungkan kroni?

jln1
Jalan Raya Paling Banyak Susur
The Judge Harry Pregerson Interchange terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat. Jalan raya tersebut dibuka pada tahun 1993, juga dikenali sebagai susur yang paling rumit. Jika dilihat pada gambar, kelihatan jalan raya tersebut begitu rumit kerana  terdapat banyak pertukaran susur jalannya.  Keadaan sebegitu jika tersilap langkah pasti tersasar haluan dan memeningkan kepala.  Terdapat empat lapis jalan untuk  masuk dan keluar. Namun, dengan kewujudan jalan raya ini perjalanan berjalan dengan lancar. Susur pertukaran ini dinamakan bersempena nama seorang Hakim Persekutuan yang terkenal iaitu Harry Pregerson,  yang mempengerusikan tuntutan mahkamah mengenai pembinaan lebuh raya.

DBKL Perkenalkan Caj Kesesakan - Kenderaan Luar YG Masuk KL Bakal Didenda..
Hebat.

Hebat cara dorang cari duit ek. Mari kita perhalusi dulu cadangan terbaru dari DBKL atas nama nak kurangkan kesesakan jalan raya di sekitar KL.

Lihat ;


Point mereka ;

1. DBKL mahu perkenalkan caj kesesakan di beberapa lokasi terpilih di sekitar KL.

2. Ini dibuat kerana DBKL tiada cara terbaik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang teruk di KL setiap  hari.

3. Caj kesesakan ini akan tertumpu kepada zon larangan waktu puncak yakni bermaksud ada sesetengah jalan dilarang masuk/digunakan pada waktu2 puncak.

4. Kenderaan luar antara mereka yang akan dilarang dari memasuki KL pada waktu puncak berdasarkan sistem ini.

5. Menurut Dr Harlina, selain dari memperkenalkan sistem caj kesesakan, adalah amat bagus jika DBKL juga turut ;

- Menaikkan caj tempat letak kereta (parking) 

- Mempromosikan berbasikal (keluar ke tempat kerja, belajar menggunakan basikal)

- Mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam

- Kerajaan juga diseru mempertingkatkan pengangkutan awam

- Perkenal satu tiket untuk semua jenis pengangkutan awam

Peraturan ini tidak positif dan tidak perlu (merujuk kepada statement DBKL).

Kenapa?

Bila saja, sistem pengangkutan awam kat negara neh cekap, menjimatkan, selesa dan meluas maka secara automatik rakyat akan hilang minat nak berpenat-penatan pandu kenderaan sendiri.

Keluar rumah, jalan 10 minit atau berbasikal 3 minit, sampai tempat tunggu bas atau tren LRT, naik pengangkutan awam bayar rm2.00 lepas 15 minit sampai tempat kerja. Sapa tak suka?

Murah. Cepat. Jimat lagi. RM4x24 hari masa bekerja. Daripada tuang minyak. Bayar tol. Lepas tue kena memandu pula. Badan letih2. 

Sebab tue aku cakap DBKL jangan buat macam neh. Point Dr. Harlina tue dia minta sediakan jaringan pengangkutan awam yang effisen dulu. Dari luar bandar sampai ke bandar. Aku tak nampak pun dia bersetuju agar caj kesesakkan ini dilaksanakan sebelum kerajaan menambahbaik jaringan pengangkutan awam di seluruh negara. Dalam erti kata lain, DBKL tak sepatutya la laksanakan idea tersebut pada ketika ini.

Ayat DBKL ==>"DBKL tiada pilihan lain selain memperkenalkan peraturan menghadkan kenderaan luar dan mengenakan caj kesesakan melalui zon larangan waktu puncak"

Ini maksudnya apa?

Bukan kah ini memberikan gambaran bahawa DBKL telah pun bersetuju mahu melaksanakan peraturan ini?

Bila ia mahu dilaksanakan? Bagaimana DBKL mahu ia dilaksanakan? Apa penanda aras yang DBKL gunakan ketika menghukum kenderaan2 luar yang memasuki KL? Apa tafsiran kenderaan luar mengikut peraturan DBKL? Apa jenis kenderaan yang dilabelkan sebagai kenderaan luar? Berapa agaknya caj kesesakan yang bakal dilaksanakan ini? Apakah jalan2 yang terlibat? 

DBKL patut tampil memberikan penjelasan lanjut. Mana boleh keluarkan statement separuh masak macam neh. Buat kelirukan orang je pun. Silap2 esok lusa tak pasal2 ada je orang kena denda pasal caj kesesakan tanpa tahu apa2 mengenai peraturan tersebut. 

DBKL jangan main2 tau. Bukan kita menolak untuk naik kenderaan awam. Tetapi memang sesetengah tempat kenderaan awam macam kenderaan HARAM. HARAM sebab apa? HARAM sebab HARAM aku nampak ada kenderaan awam kat tempat tue. Jadi sebelum nak perkenalkan apa2 peraturan sekalipun, amek tahu dulu feedback rakyat. Jangan main buat keputusan syok sendiri je. Oke bai.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/dbkl-perkenalkan-caj-kesesakan.html#ixzz2tg5Ufg4A

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena