Monday, 17 February 2014

JINGGA13 sokong MANSUH PBS: HENTI jadikan para guru dan murid BAHAN EKSPERIMEN!

Selasa, 18 Februari 2014
Jingga 13 Malaysia

Kenyataan Media
JINGGA13 MALAYSIA

18 Februari 2014

JINGGA13 SOKONG MANSUH PBS: HENTI JADIKAN PARA GURU DAN MURID BAHAN EKSPERIMEN

Guru ialah insan yang sanggup menjadi 'lilin' demi menggapai kecemerlangan anak bangsa tanpa penat dan jemu dengan menggunakan pelbagai methodologi dan pedagogi yang tuntas dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga ibarat 'obor' yang menerangi alam, mencipta ketamadunan dan membentuk nilai akhlak serta moral agar lahir  warga bangsa yang mewarnai peradaban dan pembangunan dalam erti kata yang sebenar.

Arus masa dan kemodenan yang semakin deras menjadikan peranan guru semakin mencabar dan memaksa para guru untuk seiring dengan keperluan dan inspirasi negara. Tambahan pula, telah menjadi amanah dan tanggungjawab para guru agar melahirkan warga bangsa yang mampu mengisi kehendak dan keperluan negara.

Namun, setiap kali berlaku perubahan kepimpinan negara terutama Menteri Pelajaran maka berlaku perubahan polisi yang dilihat terus menjadikan para guru dan murid sebagai bahan ujikaji atau eksperimen. Setiap kali pelbagai sistem dan pendekatan baru diperkenalkan untuk diimplimentasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta pengurusan pendidikan maka setiap kali itulah juga skop kerja guru semakin bertambah.

Guru semakin tertekan apabila bukan sahaja berdepan dengan metodologi baru tetapi turut disaratkan dengan tugasan yang menjadikan guru bukan sahaja menjalankan tugas sebagai pendidik tetapi turut menjadi 'kerani'  iaitu menghadapi karenah merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem
komputer berpusat. Sistem komputer ini pula rangkaiannya terlalu lemah sehingga menyebabkan guru-guru terpaksa menunggu sehingga jam 4.00 pagi untuk mengisi data yang dikehendaki. Dan seawal 6.00 pagi akan ke sekolah pula.

Ternyata dengan terlaksananya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011 telah menghilangkan keseronokan , menyesak serta memberikan stress kepada guru dan erti sebagai pendidik mula berubah . Guru lebih fokus kepada pengisian evidens dan murid-murid tidak dapat diukur secara telus tahap penguasaannya.

Bukan sahaja para guru dibebani dengan tambahan kerja malah  turut memberikan kesan besar kepada para murid yang tidak lagi mempunyai kompiten dan komitmen kerana sistem PBS tidak berasaskan kepada peperiksaan dan sudah pasti melahirkan murid-murid yang tiada halatuju dan lemah daripada jasmani,emosi,rohani dan intelek. Murid bersikap sambil lewa kerana mereka tahu tiada peperiksaan yang akan dijalani malah  tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid juga semakin lemah.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dilihat gagal untuk menunjukkan keprihatinan malah menjadikan para guru dan murid sebagai bahan eksperimen sedangkan sistem PBS ternyata mempunyai kelemahan yang sangat ketara dan wajar dimansuhkan demi meningkatkan mutu pendidikan dan keprihatinan terhadap para guru. Negara perlu melahirkan para cendekiawan dan bukan semata bertumpu kepada generasi yang hanya mempunyai kemahiran tetapi minimum pengetahuannya. 

Ternyata Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-55 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) membuktikan kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dengan slogan “sistem pendidikan terbaik di dunia” ternyata hanyalah bersifat retorik semata-mata. Ini juga membuktikan sistem PBS tidak memberikan kesan membanggakan dan ternyata gagal.

Pendidikan negara terus dijadikan modal politik semata-mata oleh Kerajaan UMNOBN malah Bajet 2014, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan RM54 bilion atau 21% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan negara, menjadikan kementerian terbesar dalam aspek penerimaan dana setiap kali belanjawan negara diluluskan ternyata natijahnya tidak setimpal dan memberikan impak yang mengecewakan dan meletakkan standard pendidikan negara ditahap yang memalukan di mata dunia. Kerajaan UMNOBN ternyata menggunakan pendidikan untuk mempropagandakan agenda politik Barisan Nasional dan tindakan ini wajib dihentikan.

Apa yang dilihat polisi pendidikan hanya untuk perniagaan dan memperkayakan kroni setiap kali memperkenalkan sesuatu kaedah untuk digunapakai oleh para guru dan murid. Bukannya berlandaskan kepentingan mutu pendidikan tetapi untuk mengaut keuntungan daripada setiap tender dan kontrak berlandaskan setiap kaedah dan sistem baru yang diperkenalkan dan akhirnya para guru dan murid menjadi mangsa.

JINGGA13 Malaysia menyatakan sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang terus konsisten memperjuangkan nasib para guru di seluruh Malaysia , dizalimi oleh sistem yang terus mengekang maruah dan kredebiliti para guru dan mengadaikan mutu pendidikan negara.

JINGGA13 Malaysia menyeru para guru,ibu bapa dan pejuang pendidikan untuk bersama-sama menyertai HIMPUNAN 222 MANSUH PBS pada 22 Februari 2014 di Masjid Bandar Baru Bangi pada jam 1 hingga 4 petang atas solidariti bersama membantah perlaksaan PBS oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mansuhkan segera PBS dan satu sistem yang lebih komprehensif dan kondusif perlu dilaksanakan agar menggangkat mutu profesion perguruan dan melahirkan generasi yang terbilang berteraskan pendidikan yang cemerlang.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia
at  
PETITION BANTAH BARANG NAIK ONLINE

Flash Mob Bantah Kenaikan dan bantah Pergantungan The Heat

Terima Kasih DS Najib dan BN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena