Saturday, 22 February 2014

Bantah PBS - SGMM akan ke Istana Negara jika...

Sabtu, 22 Februari 2014
BANGI: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan memanjangkan masalah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada pihak Istana Negara sekiranya desakan mereka tidak dihiraukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi SGMM Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata satu Memorandum Memansuhkan PBS akan dihantar kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat ini.

Namun katanya, sekiranya Perdana Menteri tidak memberi respons dalam masa seminggu pihaknya akan berusaha bertemu dengan Istana Negara.

"Saya akan hantar terus kepada PM dengan pelagai cara dan penyerahan ini kami terpaksa rahsiakan paling cepat kami serahkan selepas himpunan hari ini, kerana saya rasa terancam bukan dengan penjenayah," katanya ketika membacakan memorandum berkenaan.

Tegasnya, jika kerajaan melaksanakan sistem PBS ini menepati perjanjian Unesco iaitu satu guru nisbah 25 pelajar beliau akan tutup SGMM.

Cikgu Izzat turut menolak dakwaan sesetangah pihak yang mengatakan pihaknya mahu menggulingkan kerajaan kerana berlawan arus dengan kerajaan dalam isu ini.

"Saya sayang kerajaan saya bukan mahu jatuhkan kerajaan tetapi saya bersuara untuk pendidikan dan masa depan anak-anak. Saya tidak ada kepentingan mana-mana pihak hanya satu sahaja soal pendidikan negara semata-mata," katanya.
HarakahDaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena