Tuesday, 6 May 2014

HAT YAI digegarkan letupan...

Selasa, 6 Mei 2014
4 Insiden Letupan Bom Berasingan di Hat Yai
Lima cedera dalam empat insiden letupan bom berasingan di sini pada Selasa. Bagaimanapun, bom kelima yang diletakkan berhampiran pintu masuk ke pangsapuri dalam Hospital Prince of Songkhla berjaya ditemui tanpa sempat diletupkan.

Bom pertama meletus kira-kira pukul 1.30 tengah hari di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Ponpichai berhampiran rumah pangsa anggota polis yang terletak bertentangan dengan Balai Polis Hatyai.
Letupan bom yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta balai polis itu mengakibatkan banyak kenderaan rosak.
Selain itu, dua lagi letupan bom dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran stesen keretapi Hatyai yang juga berdekatan dengan pusat membeli belah Robinson.
Sementara itu, Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla yang dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau mengalami kecederaan dalam insiden letupan bom di Hatyai setakat ini. -mstar-
Posted by CheDolphin 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena