Himpunan Harmoni Semarak Kedamaian...
Best photos mayday...
Persoalan dan jawapan
Pada jam 1 pg smlm... bersama dgn grop anti lynas, dap dan bntah gst di depan dataran merdeka utk protes stay bermalam bantah gst disana..tiba2, lebih 10 org lelaki mengaku dr unit amal pas diketui Anwar (bekas bodyguard adam adli) tros serang dan pukul kami.... 2 org dr kami dipukul bertubi tubi menggunakan kayu dan helmet.1 camera digital dan sejumlah wang hilang...masa kejadian, kami baru lepas makan nasi lemak..dan kami tengah duduk sembang dgn sorg chinese guy, suasana aman damai...kami tak ganggu sapa pon.. masa dorg pukul, dorg kata sbb kami pukul unit amal pas waktu petang smlm padahal demi Allah kami tak pukul sapa2 pon smlm. Dorg kata kami tgh mabuk dan ambik ganja .pastu masa gri anti lynas nak tolong, unit amal pas tahan dan tunjukkan kad unit amal..then ada sorg chinese guy hampir dipukul sbb dituduh masuk campur..kemudian salah sorg dr grop anti lynas kol polis...bila polis sampai, unit amal suruh polis blah...sy dan sorg kawan bengkak di muka badan dan kaki..pipi kiri dan kanan makin bengkak...dr maklumat kawan smlm, unit amal pandan terlibat salah satu yg terlibat....kami diserang secara tiba tiba dan dipukul lebih kurang 10orang.. - ali anarki
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KENYATAAN JABATAN AMAL MALAYSIA (SELANGOR) BERKENAAN INSIDEN BERKAITAN HIMPUNAN GST.
Saya mengambil tanggungjawab utk menjawab tohmahan seperti yang tersiar meluas di laman web dan media sosial kerana anggota Jabatan Amal dari Selangor berada di semua lokasi berkumpul pada Himpunan Gst semalam.
1. Insiden Semasa Himpunan
Jabatan Amal Malaysia ditugaskan untuk menjaga kelancaran himpunan dari aspek keselamatan termasuklah antara perkara pentingnya adalah memastikan peserta tidak memasuki kawasan padang yang menjadi antara syarat utama kebenaran himpunam diberikan.
Kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh cubaan memasuki kawasan padang dataran oleh sekumpulan kecil 'peserta' dan tindakan mengganggu acara himpunan dengan membuat bising juga oleh kumpulan yang sama.
Tindakan memukul mereka tidak berlaku sama sekali tetapi kami hanya berusaha menyuraikan mereka dan kami juga cuba menenangkan sekumpulan peserta lain yang mula membalas kata kata makian mereka kepada kami sehingga berlaku sedikit ketegangan.
Gambar yang menunjukkan ada antara mereka luka di dahi MUNGKIN kerana semasa kejadian tolak menolak tersebut. Cuma saya katakan, ramai peserta yang datang untuk berhimpun dengan baik, mereka datang dan pulang dalam keadaan yang harmoni pada hari tersebut. Kenapa ada seorang yang luka? Apa yang dia telah buat?
2. Insiden malam selepas himpunan.
-Jabatan Amal dengan ini menafikan sekeras kerasnya bahawa kami terlibat dalam insiden berkenaan.
-Tiada anggota AMAL yang bernama Anuar dari kawasan Pandan seperti didakwa.
-Tiada kad keahlian dikeluarkan oleh kami semenjak 8 tahun lalu dan yang dikeluarkan dulu pun sangat terhad dan kami kenal mereka yang mempunyai kad keahlian.
-Berkuasa betul mereka yang terlibat menyerang pada malam tersebut dengan hanya menunjukkan kad keahlian Amal, pihak polis boleh dihalau....(logik ke?)
-Kami mendesak pihak yang menuduh menyerahkan bukti kepada kami dan pihak berkuasa kerana kami tidak sesekali akan bersekongkol dengan perbuatan sebegini.
Untuk makluman semua, kami dari Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit Amal tidak pernah dilatih atau melatih anggota untuk melakukan tindakan seperti dituduh bahkan ketika kami bertugas kami pernah dipukul, diludah, dicaci maki tetapi kami mengambil pengajaran dari akhlak Rasulullah dalam menghadapi perbuatan sebegini, apa sahaja kerja buat kami dan apa yang kami hadapi, kami hanya menyharapkan pembalasan dari Allah. Redhanya yang kami buru, kami yakin dengan janji Nya.
BERAMAL KERANA ALLAH
Khairil Anuar Ismail
Pengarah Jabatan Amal Malaysia (Selangor)
0 comments:
Post a Comment