Published on May 15, 2014
No description available.
Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh tenaga pendidik di Malaysia. Lakukan yang terbaik demi Agama dan Negara.
Guru yang kreatif dan berinovatif ialah Guru yang tak menyokong UMNO BN....

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah
Malaysians Must Know the TRUTH
Adakah Hari Guru 2014 adalah paling hambar?
16 Mei 2014
SELAMAT Hari Guru. Itulah ungkapan yang mampu diucapkan kepada semua guru di Malaysia. Apakah definisi sebenar GURU?
Guru yang kita sambut setiap 16 Mei ialah guru yang mengajar dan mendidik kita di sekolah. Bermula di tadika, sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Itulah guru yang sebenarnya kita raikan.
Dewasa kini, pendidikan negara semakin merudum bermula dengan pengenalan sistem baharu iaitu PBS bagi menggantikan sistem berorentasikan peperiksaan. Guru antara golongan yang paling terkesan dengan sistem ini.
Selama lebih 50 tahun, negara mengguna pakai peperiksaan sebagai kayu ukur untuk menilai murid-murid tetapi malangnya, 'kehadiran' PBS sedikit sebanyak telah merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Hilang nikmat mengajar adalah ungkapan paling tepat apabila Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan PBS. Kemenjadian murid semakin merudum malah murid menjadi pasif dan malas untuk mengulangkaji dengan alasan,'tiada peperiksaan'.
Apa yang guru mampu lakukan? Terus laksanakan walaupun kadang-kala guru terpaksa hipokrit dan 'menipu' demi menjayakan kelansungan sistem 'terbaik dunia', iaitu PBS. Guru terpaksa menelan pahit melihat anak murid yang semakin malas dan tiada daya saing dek kerana menjadi 'tikus makmal'.
Tambahan pula, ketika sambutan Hari Guru berlansung seluruh Malaysia pada 16 Mei 2014, masih tiada format tetap PT3 bagi murid tingkatan 3 yang juga kumpulan pertama yang diperkenalkan dengan PT3. Peperiksaan pertengahan tahun buat pertama kalinya terpaksa dijalankan kepada murid tingkatan 3, malangnya masih mengikut format PMR.
Apa yang boleh guru lakukan? Hanya terpaksa laksana.
Bertambah sedih lagi apabila guru 'dihadiahkan' dengan kepelbagaian sistem 'E' bagi kerja-kerja pengkeranian di sekolah. Bermula dengan E-Operasi sehinggalah lebih 10 jenis 'E'. Termasuk dengan 76 jenis tugasan luar untuk guru 'wajib' selesaikan sepanjang tempoh 2014. Sekali lagi guru terpaksa akur dengan kehendak KPM.
Apa yang boleh guru-guru luahkan, ungkapkan setelah melihat 'hadiah-hadiah' ini ialah hilang nikmat mengajar.
Apa harapan guru? Kembalikan nikmat mengajar kepada guru. Kembalikan masa untuk guru mengajar.
Selamat Hari Guru
Mohd Nor Izzat Mohd Johari
Aktivis Pendidikan Negara
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.Guru yang kita sambut setiap 16 Mei ialah guru yang mengajar dan mendidik kita di sekolah. Bermula di tadika, sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Itulah guru yang sebenarnya kita raikan.
Dewasa kini, pendidikan negara semakin merudum bermula dengan pengenalan sistem baharu iaitu PBS bagi menggantikan sistem berorentasikan peperiksaan. Guru antara golongan yang paling terkesan dengan sistem ini.
Selama lebih 50 tahun, negara mengguna pakai peperiksaan sebagai kayu ukur untuk menilai murid-murid tetapi malangnya, 'kehadiran' PBS sedikit sebanyak telah merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Hilang nikmat mengajar adalah ungkapan paling tepat apabila Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan PBS. Kemenjadian murid semakin merudum malah murid menjadi pasif dan malas untuk mengulangkaji dengan alasan,'tiada peperiksaan'.
Apa yang guru mampu lakukan? Terus laksanakan walaupun kadang-kala guru terpaksa hipokrit dan 'menipu' demi menjayakan kelansungan sistem 'terbaik dunia', iaitu PBS. Guru terpaksa menelan pahit melihat anak murid yang semakin malas dan tiada daya saing dek kerana menjadi 'tikus makmal'.
Tambahan pula, ketika sambutan Hari Guru berlansung seluruh Malaysia pada 16 Mei 2014, masih tiada format tetap PT3 bagi murid tingkatan 3 yang juga kumpulan pertama yang diperkenalkan dengan PT3. Peperiksaan pertengahan tahun buat pertama kalinya terpaksa dijalankan kepada murid tingkatan 3, malangnya masih mengikut format PMR.
Apa yang boleh guru lakukan? Hanya terpaksa laksana.
Bertambah sedih lagi apabila guru 'dihadiahkan' dengan kepelbagaian sistem 'E' bagi kerja-kerja pengkeranian di sekolah. Bermula dengan E-Operasi sehinggalah lebih 10 jenis 'E'. Termasuk dengan 76 jenis tugasan luar untuk guru 'wajib' selesaikan sepanjang tempoh 2014. Sekali lagi guru terpaksa akur dengan kehendak KPM.
Apa yang boleh guru-guru luahkan, ungkapkan setelah melihat 'hadiah-hadiah' ini ialah hilang nikmat mengajar.
Apa harapan guru? Kembalikan nikmat mengajar kepada guru. Kembalikan masa untuk guru mengajar.
Selamat Hari Guru
Mohd Nor Izzat Mohd Johari
Aktivis Pendidikan Negara
Sedang berlangsung ucapan perutusan Menteri Pelajaran sempena Pelancaran Hari Guru peringkat Kebangsaan kali ke 43/ 2014.
Pameran Pendidikan dan Festival Hari Guru 2014
Gambar FB Festival Hari Guru
Published on May 13, 2014
Persembahan dari pelajar istimewa dari beberapa Sekolah KL. Persembahan ini dari SM Pendidikan Khas Setapak KL
0 comments:
Post a Comment