Monday, 9 June 2014

Kecoh Pengkebumian Wanita Cina...Mayat didakwa telah memeluk Islam!

Selasa, 10 Jun 2014

Jaipp ambil mayat di upacara pengkebumian Cina timbulkan kekecohan

Ahli keluarga Teoh Cheng Cheng atau nama Islam beliau, Nora Teoh Abdullah menunjukkan kad pengenalan miliknya semasa upacara pengebumian di Jalan Macallum, George Town, Pulau Pinang, hari ini – Gambar The Malaysian Insider, 9 Jun, 2014.
Ahli keluarga Teoh Cheng Cheng atau nama Islam beliau, Nora Teoh Abdullah menunjukkan kad pengenalan miliknya semasa upacara pengebumian di Jalan Macallum, George Town, Pulau Pinang, hari ini – Gambar The Malaysian Insider, 9 Jun, 2014.Tindakan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengambil jenazah seorang wanita yang dikatakan sudah memeluk Islam daripada  upacara pengkebumian Cina menyebabkan kekecohan.
Pegawai Jaipp tiba di Lebuh Macallum, di mana upacara perkebumian itu diadakan pada jam 1.20 petang, 20 minit selepas polis sampai ke tempat kejadian yang memaklumkan keluarga si mati agar menghentikan majlis itu.
Selepas beberapa jam berbincang, pegawai Jaipp membawa jenazah itu pada kira-kira jam 3.50 petang dengan sebuah van dan dihantar ke rumah mayat untuk penyiasatan lanjut.
Kejadian ini mengejutkan  keluarga si mati yang tidak mengetahui pelayan Teoh Cheng Cheng, 38, sudah memeluk Islam.
The Star online melaporkan, Teoh memeluk Islam 17 tahun lalu dan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah.
Ibunya Tan Ma Suan, 64, mempersoalkan mengapa Jaipp mengambil masa begitu lama untuk bertindak jika benar anaknya sudah memeluk Islam.
Dia bertanya, kenapa jabatan itu datang pada hari perkebumian dan berkata, mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jabatan itu.
Teoh meninggal dunia Sabtu lepas selepas jatuh di pangsapurinya.
Exco Agama Negeri Datuk Abdul Malik Abdul Kassim berkata perkara itu diselesaikan secara baik.
"Bukti menunjukkan si mati adalah seorang Islam disampaikan kepada keluarga dan mereka menerimanya.
"Mereka membenarkan jabatan mengambil jenazah untuk dikebumikan mengikut upacara Islam. Semuanya diselesaikan secara baik," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ini merupakan insiden kedua bulan ini pihak berkuasa Islam mengganggu upacara yang diamalkan oleh agama lain.
Minggu lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menganggu majlis perkahwinan Hindu di sebuah kuil di Petaling Jaya selepas menerima laporan pengantin perempuannya adalah seorang Islam.
Pada MyKad beliau didapati menunjukkan dia seorang Islam dan pegawai Jais membawanya untuk disoal siasat.
Serbuan Jais ke atas kuil Hindu berkenaan dikutuk oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Majlis Peguam dan Badan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf)  dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.  – 9 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jaipp-ambil-mayat-di-majlis-perkebumian-cina-timbulkan-kekecohan#sthash.fehq1mSx.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena