Wednesday, 11 June 2014

Mana Transformasi Najib? MAS SEMAKIN TENAT...Khazanah Kaji Pelan Selamatkan MAS!

Rabu, 11 Jun 2014

MAS SEMAKIN TENAT KENA MASUK ICCCU?

Apakah rakyat pasrah dan berserah tentang isu MAS. Sistem Penerbangan Malaysia, sisitem pengangkutan udara yang kita banggakan rugi lagi.


SALAH siapa? Itukah sahaja persoalan yang mampu kita lontarkan, setiap kali MAS bermasalah. Era kerugian MAS dan kaedah menyelamatkan MAS sama sahaja pattern setiaap kali ianya ditimpa masalah. Masalah utama adalah kewangan ?

Adakah wang adalah segala-galanya atau segala-galanya kerana wang ? Jika begitu setiap kali masalah ini berlaku dan suntikan wang berbillion dilakukan sepatutnya MAS wajarlah pulih, tetapi mengapa ia tidak pulih-pulih. Ini kerana MAS semakin SAKIT dan sudah sampai peringkat kritikal dan tenat nampaknya ?

Nampaknya wang bukan masalah? tetapi sumber manusia MAS dan sekeliling MAS nampak PALING BERMASALAH....masalah urustadbir, tanggungjawab, responbiliti, integriti, amanah dan sebagainya .........TRANFORMASI dimana ? LAMA DAH KITA TUNGGU....YANG ADA AIR LIUR BASI...
Perantaukite 90


Khazanah Kaji Pelan Selamatkan MAS

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd akan mengumumkan pelan perancangan untuk menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang kini berhadapan masalah kewangan.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar pada Selasa berkata, tiga perkara utama perlu diberi perhatian.

"Pertamanya isu dalaman iaitu mengenai produktiviti MAS. Kedua, sebagai syarikat penerbangan negara, kita perlu jelas mengenai syarikat penerbangan yang bagaimana kita mahukan khususnya mengenai daya saing.

"Dan yang ketiga ialah berkaitan isu kepimpinan yang merupakan perkara yang sangat mencabar," katanya.

Bercakap kepada pemberita di Invest Malaysia 2014, Azman berkata, adalah amat mencabar bagi kepimpinan MAS dan "kami amat hargai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahaya dan pasukannya bekerja bekerja kuat untuk syarikat itu."

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena