Thursday, 6 November 2014

Isteri Zunar Ditangkap Polis..."Polis jangan lakukan provokasi" - Samsul

Jumaat, 7 November 2014

TERKINI - Isteri Zunar Ditangkap Polis

PUTRAJAYA - Isteri kartunis politik, Zunar, Fazlina Rosley bersama beberapa individu lain ditahan ketika ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, di sini, hari ini.

Menurut Naib Presiden PKR,  Shamsul Iskandar Md Akin, pihaknya masih tidak mendapat maklumat lanjut berkenaan penahanan itu.


"Kita pun tak tahu. Katanya ada barang dalam motor kemungkinan dokumen ataupun buku. Jadi barang itu dirampas dan orang yang bawa ditahan.

"Saya yakin mungkin itu kartun Zunar. Mungkin dia jadi sasaran sebab pakaian hakim tadi petang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui sebentar tadi.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar pagi tadi dilihat tampil dengan kostum hakim lengkap dan membawa tulisan 'Hakim Negara Kartun'.

Tindakannya itu menarik perhatian penyokong Anwar dan pihak media.

Sementara itu, Shamsul berkata, pihak polis dinasihatkan memaklumkan kepada pihaknya sebelum membuat sebarang tangkapan.

"Saya nasihatkan pada polis jangan lakukan provokasi. Macam tadi saya tanya pegawai apa kesalahannya, dia pun tak tahu. Jadi tak bolehlah buat begitu kerana kita kawal keadaan, jangan mulakan tangkapan.

"Dalam pertemuan dengan OCPD (Ketua Polis Daerah Putrajaya) kita dah janji bahawa perhimpunan ini akan berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi dan kita nasihatkan juga pada OCPD supaya kalau nak buat sebarang tangkapan, beri maklumat kepada kita. Bukan minta izin tapi maklum," katanya.

Namun beliau tidak menafikan karya Zunar yang dijual di pekarangan mahkamah itu ada yang diharamkan.

"Mungkinlah tapi kalau ada yang diharamkan dan sebagainya, mesti ada satu laporan polis dibuat. Bukan main tangkap.

"Siapa yang kena tangkap pun kita tak tahu. Jadi, ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan anggota kita.

"Kita dah ada perundingan yang baik dengan OCPD. Sampai hari ini kita sudah kekalkan disiplin anggota dan penyokong kita. Tidak ada sebarang kejadian-kejadian yang besar yang tidak boleh dikawal," katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin penahanan tersebut tidak akan menjejaskan sokongan yang bakal diberikan, esok.

"Penahanan ini tidak akan sekat sokongan esok. Lebih ramai orang akan datang esok," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena