rasa malas nak troll kaw kaw dah..
bangang yg tidak boleh diperbaiki...
bangang yg tidak boleh diperbaiki...
Tak ada sebab untuk turunkan harga minyak kata Ahmad Maslan
Putrajaya masih belum memutuskan untuk menurunkan harga minyak walaupun harga pasaran minyak mentah dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Datuk Ahmad Maslan.
Timbalan menteri kewangan itu berkata, pada ketika ini kerajaan masih membayar subsidi sebanyak RM0.12 sen seliter bagi RON95.
"Sekiranya harga minyak mentah turun di pasaran hingga Disember 2014, secara relatifnya purata harga minyak mentah 2014 tidak jauh dari anggaran asal tahun ini," katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
"Persoalan untuk menurunkan harga minyak masih belum berbangkit kerana sekarang ini kerajaan masih beri subsidi 12 sen satu liter bagi RON95."
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan masih lagi mengkaji langkah terbaik sekiranya harga minyak mentah dunia terus mengalami penurunan.
"Langkah terkenal selalu dibuat adalah dengan menurunkan harga. Itu yang memang biasa dibuat, ataupun kita bercadang untuk mengenakan cukai jualan.
"Namun cukai jualan ini tidak lama kalau kalau kita laksanakan iaitu hanya sehingga 1 April 2015 kerana digantikan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana petrol dikecualikan daripada cukai tersebut," katanya lapor The Malaysian Insider
Posted by Anak Sungai Derhaka
0 comments:
Post a Comment