Friday, 1 May 2015

[Video] BatalGST: Empat dipanggil serah diri & 50 telah ditahan polis? 20,000 close in on KLCC...

Sabtu, 2 Mei 2015
Batal GST: Empat dipanggil serah diri, 50 telah ditahan polis
Sekiranya gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.
anti-gst

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dipanggil untuk menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat malam berhubung Perhimpunan Batal GST di ibu negara.

Turut dipanggil, Setiausaha Organisasi DAP, Athony Loke dan Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa. Sekiranya mereka gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat. FMT difahamkan, keempat-empat mereka dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

FMT juga difahamkan Ambiga telah pun menyerah diri akan ditahan semalaman untuk membantu siasatan. Manakala, Arul juga memaklumkan akan hadir ke balai polis seperti yang diarahkan. Setakat malam ini, seramai 50 peserta perhimpunan itu telah ditahan untuk membantu siasatan. Kira-kira 20,000 peserta menyertai Perhimpunan Batal GST, perhimpunan yang terbesar setakat ini sejak pelaksanaan cukai itu pada 1 April. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena