Thursday 14 May 2015

'G10' Perak protes, laluan mudah menantu Hadi...

Khamis, 14 Mei 2015

'G10' Perak protes, laluan mudah menantu Hadi

Sekumpulan pemimpin Pemuda PAS Perak menarik diri bertanding dalam pemilihan merebut kepimpinan dewan itu di peringkat negeri.

Calon ketua Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata beliau dan dua lagi pesaing jawatan itu menarik diri selepas kepimpinan negeri didakwa menunjukkan sikap memihak kepada menantu presiden PAS Akmal Kamaluddin.

"Kami tidak mahu berlaku kekecohan dan kami lebih sayangkan parti," kata bendahari dan anggota biro politik PAS Perak itu.

Susulan penarikan diri mereka, Akmal secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Perak.

Fakhrulrazi mendakwa mempunyai bukti rakaman audio bagi menyokong dakwaan itu.
Dakwanya, sekurang-kurang 10 lagi calon jawatan lain, dirujuk G10, untuk pemilihan Pemuda negeri telah mengikut jejak langkah beliau.

Antara calon yang didakwa Fakhrulrazi menarik diri termasuk exco Pemuda PAS Salman Salleh, Ketua Pemuda PAS Sungai Siput Yusran Fahmi, bendahari Pemuda Perak Nazri Din dan Setiausaha PAS Pasir Salak Shamsul Alauddin.

Fakhrulrazi menafikan tindakan menarik diri itu disebabkan merajuk.

"Kita utamakan kepentingan parti sebagai satu penyelesaian untuk meredakan keadaan," katanya sambil berikrar akan memberi kerjasama kepada kepimpinan terbaru yang bakal dilantik.
Muktamar Pemuda PAS Perak akan bersidang pada 17 Mei ini di Markaz PAS Ayer Kuning, Taiping.

Tunjukkan bukti, kata pesuruhjaya

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menafikan beliau berkempen dan memihak kepada Akmal.

"Saya tidak ada rancangan untuk campur tangan.

"Kalau ada bukti, tunjukkan di mana saya bercakap, di mana, apa konteksnya, kepada siapa dan dalam keadaan apa saya bercakap?

“Kalau nak tuduh, semua orang boleh tuduh," katanya.

Seorang Lagi Menantu Hadi Awang 'Ditunjuk' Sebagai Bakal Ketua Pemuda Pas Perak

PJ Perak cuma bergurau, kata menantu Hadi

Menantu kepada presiden PAS Akmal Kamaluddin mengakui Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pernah berkata mahu beliau menjadi ketua Pemuda PAS dalam satu program di Gopeng.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak perlu dipandang berat kerana ia hanya “gurauan”.

"Oh, yang itu dah lama dah. Dah dua tiga bulan lepas.

“Ada satu program di Gopeng. Pesuruhjaya ada bergurau. Saya pun kata tak mahu ketika itu. Kalau itu hendak dijadikan bukti, dah tak ada isu dah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan tersebarnya audio mendakwa Razman merujuk Akmal sebagai bakal ketua pemuda PAS Perak dan dianggapnya sebagai gurauan yang "sudah lama berlaku".

Hari ini calon pencabar Akmal, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (atas) mengumum menarik diribertanding jawatan itu kerana mendakwa Razman berat sebelah.

Razman bagaimanapun menafikannya dakwaan itu dan meminta bukti dikemukakan.

'Saya tiada kontroversi'

Mohd Fakrulrazi yang juga bendahari Pemuda PAS pusat mendakwa sekurang-kurangnya 10 calon - dirujuk G10 - bertindak mengikut jejaknya dan ia dibuat bagi memberi laluan kepada Akmal bekerjasama dengan Razman.

Mengesahkan akan bertanding jawatan itu, Akmal berkata beliau hanya mengetahui layak bertanding selepas mendapat pencalonan besar dari "hampir semua kawasan Pemuda yang mempunyai anggota yang ramai".

Pada masa yang sama, Akmal berkata, beliau tidak tahu menahu siapa bakal pencabarnya dan inilah kali pertama mendengar ada calon menarik diri bertanding jawatan tersebut.

Beliau turut menepis dakwaan menjadi calon pilihan disebabkan status sebagai menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tak semua kenal saya sebagai menantu Hadi. Ada kepimpinan PAS di Perak baru tahu. Saya juga tak ada kontroversi apa-apa," katanya yang juga timbalan ketua Pemuda negeri itu.

Ekoran penarikan tiga calon ketua pemuda negeri termasuk Mohd Fakrulrazi membolehkan Akmal mengetuai sayap negeri itu.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena