Wednesday 13 May 2015

Pemaju Indonesia Pt Kumpulan Mulia beli tanah Menara TRX pada harga RM665 juta?

Rabu, 13 Mei 2015

Pemaju Indonesia Beli Tanah Menara TRX
TRX-1MDB

TRX


Kuala Lumpur – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengumumkan penjualan tapak Signature Tower di Tun Razak Exchange (TRX) kepada syarikat pemaju Indonesia, Pt Kumpulan Mulia pada harga RM665 juta, seminggu selepas kontroversi tercetus mengenai pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji.

Tanah untuk pembinaan Signature Tower itu pada asalnya ditolak Tabung Haji yang ditawarkan harga RM578 juta. Keputusan Tabung Haji membeli tanah seluas 0.64 hektar pada harga RM188.5 juta mengundang kemarahan pelbagai pihak sehingga memaksa dana bakal haji itu mengumumkan akan menjual semula tanah itu secepat mungkin.

“Sebagai salah sebuah pemaju hartanah komersil yang paling besar di Indonesia, kami teruja menceburi projek ini bagi membangunkan Signature Tower sebagai mercu tanda baharu bandar raya Kuala Lumpur.

“Mulia Group ingin menjadi sebahagian pembangunan ikonik yang canggih ini bukan sahaja untuk Malaysia tetapi di dalam dan luar rantau ini,” kata presiden dan pengarah yang juga pemilik Kumpulan Mulia, Eka Tjandranegara, dalam kenyataan yang dikeluarkan TRX.

“Kami melihat potensi TRX membangunkan lagi bandar raya itu sebagai pusat kewangan, dan TRX membantu rancangan pertumbuhan dan perkembangan kami.

“Saya komited melihat secara peribadi projek ini diteruskan dengan bersandarkan pengalaman luas kami,” tambahnya dipetik The Malaysian Insider.

Pemaju TRX, 1MDB Real Estate, menyambut baik penyertaan Kumpulan Mulia dalam TRX.

“Pelaburan penting ini membuktikan keyakinan pelabur asing kepada Malaysia,” kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Azmar Talib.

Selain itu, sebuah lagi urusan tanah di TRX yang disahkan setakat ini ialah usahasama 1MDB dengan pemaju antarabangsa, Lend Lease bernilai RM8 bilion bagi membangunkan Lifestyle Quarter seluas 17 ekar di tapak Jalan Tun Razak itu.

Semalam, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menafikan ia terlibat dengan TRX, yang dipromosikan sebagai pusat kewangan antarabangsa ketika dilancarkan pada 2012.

SUARA TV

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena