Tuesday, 5 May 2015

Pertabalan: Sultan Perak perkenan ringan, ampun hukuman banduan termasuk seorang daripada 12 orang tahanan trajedi demonstrasi di Bkt Chandan

Selasa, 5 Mei 2015

Sultan Perak mengampunkan seorang daripada 12 orang tahanan trajedi demonstrasi di Bkt Chandan

Pertabalan: Sultan Perak perkenan ringan, ampun hukuman banduan

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.291977.1403248339!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
Sultan Nazrin Shah berkenan meringankan hukuman tiga banduan dan memberi pengampunan kepada seorang banduan sempena istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV esok.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Darul Ridzuan Datuk Razali Othman berkata keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, hari ini.

Beliau berkata Sultan Nazrin Shah meringankan hukuman dua banduan yang disabitkan hukuman mati kepada penjara seumur hidup berkuat kuasa hari ini.

Baginda turut membebaskan lebih awal seorang banduan, yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, berkuat kuasa hari ini tanpa mengetepikan sabitan mahkamah ke atasnya, kata Razali dalam kenyataan di Kuala Kangsar.

Selain itu, baginda mengampunkan seorang daripada 12 banduan yang mengemukakan rayuan sendiri dikenakan hukuman penjara 10 bulan bermula dari tarikh 18 Mac 2015 (tarikh pembebasan mereka pada 2 Oktober 2015).

Razali berkata kesemua 12 banduan itu disabitkan kesalahan melibatkan diri dengan perhimpunan haram mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan pada 2009 di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Daripada 12 rayuan itu, hanya seorang sahaja banduan yang mengemukakan sendiri rayuannya dan dia dibebaskan berkuat kuasa hari ini, manakala 11 lagi mengemukakan rayuan menerusi pihak ketiga.

“Baginda Sultan menitahkan peringatan sebarang rayuan daripada banduan mestilah dikemukakan oleh banduan itu sendiri menggunakan saluran yang ditetapkan dan bukannya dikemukakan oleh pihak ketiga menggunakan saluran lain,” katanya.

Menurutnya Sultan Nazrin Shah juga menitahkan nasihat sesuatu hukuman yang dijatuhkan adalah bertujuan memberikan pengajaran kepada masyarakat supaya menghormati undang-undang negara.

Pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman yang diputuskan oleh mahkamah akan dipertimbangkan apabila banduan, ketika mengemukakan rayuannya, menunjukkan sifat insaf, sedar akan kesalahan yang dilakukan dan mahu memohon maaf serta mengakui akan berkelakuan baik dan tidak akan mengulangi perkara yang sama, katanya. – Bernama, 5 Mei, 2015.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena