Syabas & Selamat Berjuang Para Pejuang2 Blogger PR like emoticon
Kami akan LAWAN TETAP LAWAN segala kebobrokan KERAjaan UMNO/BN !!!
ANDA fikirkanlah sendiri undang2 di negara Islam Wasatiyyah.. MASIHKAH ANDA INGAT... "Undang-undang hudud KITA TIDAK AKAN LAKSANAKAN DI MALAYSIA INI. Kalau nak laksanakan hudud ia mesti berpaksi kpd realiti..." Undang penjajah yg dibela UMNO 'MEMANG ADIL LAGI SAKSAMA'.. |
Rakaman CCTV: Bukan enam tapi lapan Myvi terlibat?
Punca kemalangan maut melibatkan tiga sekeluarga di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), semalam yang menarik perhatian masyarakat Malaysia terutama di laman sosial masih menjadi misteri.
Dalam perkembangan terbaharu hari ini, muncul rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 31 saat yang bukan hanya menunjukkan enam tetapi lapan buah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju.
Dalam rakaman yang diambil di Plaza Tol Ayer Panas, Setapak itu turut kelihatan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki ketiga-tiga mangsa iaitu Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, serta isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa .
Bagaimanapun, rakaman CCTV milik syarikat konsesi Lebuh Raya Duke yang menjadi viral di laman sosial itu tidak menunjukkan lokasi kemalangan tersebut berlaku.
Polis yang belum mengesahkan kesahihan rakaman CCTV itu hari ini memberi jaminan, sekiranya rakaman tersebut benar, pasukan tersebut akan mengambil tindakan tanpa prejudis.
Sehubungan itu, dua lagi pemandu kereta Perodua Myvi yang kelihatan dalam rakaman CCTV berkenaan supaya tampil membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, keluarga mangsa mengharapkan siasatan telus dan adil bagi membela nasib dua anak mangsa, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa dalam tragedi berkenaan.
Mereka turut disokong oleh para pengguna laman sosial yang menyatakan tanda simpati sehingga ada yang membuka akaun Facebook. Tidak kurang juga menghentam pemandu-pemandu Perodua Myvi terlibat yang digelar mereka sebagai ‘6 Jahanam’, pembunuh dan sebagainya.
Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain berkata, pihaknya dalam proses meneliti rakaman CCTV tersebut bagi memastikan kesahihannya selain memanggil pihak yang menyebarkannya untuk membantu siasatan.
“Jika benar CCTV itu, kita akan berusaha mengesan dua lagi pemandu tersebut dengan apa cara sekali pun.
“Video itu mula tersebar dan menjadi viral hari ini di beberapa laman sosial seperti Facebook serta beberapa blog,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Nazri memberitahu, enam pemandu Perodua Myvi termasuk dua yang ditahan semasa kejadian telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
“Kita telah merekodkan 11 keterangan daripada saksi termasuk enam pemandu Perodua Myvi tersebut. Kenderaan yang terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan.
“Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Menurut Nazri, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum menghantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, turut menjadi viral di laman sosial ialah dakwaan mengenai salah seorang pemilik wanita kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut mempunyai 11 saman trafik tertunggak berjumlah RM1,930.

0 comments:
Post a Comment