Monday 20 July 2015

Apakah GHB akan menjadi satu parti baru besar untuk orang Islam...Apa pendapat anda?

Selasa, 21 Julai 2015

Apa pendapat anda terhadap "Gerakan Harapan Baru" ?

20 JULY 2015












Tak perlu diperkenalkan lagi dengan 'Gerakan Harapan Baru'. Rasanya semua orang yang ambil perduli tentang perkembangan politik tanah air sudah tahu apa benda itu Gerakan Harapan Baru.

Gerakan Harapan Baru atau GHB dibentuk dengan rasminya pada 13hb Julai 2015 yang lalu. Ia dibarisi oleh para pemimpin Islam yang progressif dari PAS. Pimpinan progressif PAS tersebut telah ditolak liau-liau dalam muktamar parti tersebut sebelum ini.

Bukan sekadar ditolak malah telah berlaku penolakan secara total daripada para perwakilan PAS yang menentukan pimpinan baru mereka. Dari penolakan itu, satu rumusan boleh di buat. Bahawa PAS tidak bersetuju langsung dengan segala pendekatan yang dibawa oleh para pemimpin progressif mereka sebelum ini.

Kempen sebelum berlangsungnya muktamar juga kelihatan amat pelik sekali berlaku pada sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam. Berlaku aktiviti label melabel dengan berbagai nama dan berlaku juga acara caci maki dalam media sosial.

PAS dan Ulama

Sebelum ini orang Pas sendiri yang sering menekankan bahawa hanya perlu ada satu sahaja Parti yang memperjuangkan Islam dalam negara kita. Dan kebetulan parti yang ada itu adalah PAS, maka ia secara langsung mahu beritahu semua orang Islam bahawa satu-satunya parti yang perlu anda sokong jika mahukan Islam tertegak di Malaysia hanyalah PAS.

Itu memang satu pendekatan yang amat licik. Samada hujah untuk membenarkan fatwa tersebut boleh diterima atau tidak adalah satu perkara lain. Yang pastinya, ia membuatkan semua ahli PAS atau mereka yag sokong perjuangan Islam terpaksa memilih hanya PAS.

Satu lagi pendekatan menarik yang membuatkan orang Islam perlu pilih hanya PAS adalah slogan Kepimpinan Ulama yang dibawa oleh Pas. Ia adalah satu doktrin bahawa yang layak menjadi pemimpin adalah ulama. Kerana para ulama itu adalah kesinambungan para anbiya, maka ulama perlu menjadi pemimpin.

Dan takrifan ulama pula menjurus kepada aliran pengajian agama Islam bermula dari peringkat rendah menengah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi seperti Al-Azhar. Mereka yang mengaji mathematik, sains, kewangan, pengurusan, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain seumpamanya bukan masuk dalam takrifan ulama.

Maka hanya golongan yang mendalami pengajian hukum hakam islam sahaja yang akan mendapat title ulama. Dan mereka sahajalah yang layak menjadi pemimpin. Dan ada kepercayaan dari kalangan para pendokong PAS bahawa apa saja keputusan atau pendapat para ulama itu, adalah benar dan lebih mendekati kebaikan kerana mereka adalah bayangan para anbiya.

DAP londeh ulama

Kedua-dua faktor yang disebut di atas membawa kekuatan pada PAS selama ini. Para pengikut PAS yang terdiri daripada mereka yang berlatar belakangkan aliran agama atau sains atau orang awam terus taat pada pimpinan PAS yang bergelar ulama.

Ia berlarutan begitu lama sehinggalah PAS cuba buat kerjasama dengan DAP. Sebelum adanya kerjasama dengan DAP, para pemimpin PAS sentiasa dilindungi oleh status ulama mereka itu. Apa saja percakapan atau fatwa para pemimpin PAS akan dilindungi oleh title ulama.

Maknanya, title ulama membuatkan apa saja pandangan mereka samada betul atau tidak, bernas atau tidak, cerdik atau kurang cerdik, bertukar menjadi baik senantiasa sebab para pengikut PAS menghormati ulama. Justeru itu apa saja percakapan pemimpin mereka akan dirasionalisasikan untuk menjadi hebat.

Tapi bila PAS jalin kerjasama dengan DAP, segalanya mula bertukar. Oleh kerana ahli dan juga para pemimpin DAP tidak terkeliru dan terlindung dek title ulama, maka mereka hanya akan menilai segala pendekatan dan segala pandangan para pemimpin PAS berdasarkan fakta dan hujah kewarasan akal semata.

Orang DAP tak akan tertipu dengan pakaian jubah pemimpin PAS. Mereka juga tak terkeliru dengan serban pemimpin PAS ang besar. Mereka juga tak akan mudah tunduk walau dengan hamburan ayat-ayat Quran berserta dengan tafsiran dari berbagai pendapat ulama besar zaman dulu.

Apa yang mereka lihat adalah kewarasan hujah dan kesesuaian dengan keadaan semasa. Itu sahaja yang akan dipertimbangkan oleh orang DAP.

Maka kegagalan para pemimpin yang bergelar ulama ini untuk berhujah dan memberikan penjelasan yang bernas dan berstrategi yang meyakinkan membuatkan DAP tolak mentah-mentah apa saja yang dilihatnya salah. Mereka tak akan terkeliru dengan andaian bahawa ulama sentiasa benar pandangan mereka dan bijak belaka.

Sebab itu PAS tak tahan dan jalinan kerjasama pertama mereka gagal. Mereka akhirnya berpisah tapi kesannya adalah besar. Ia merupakan satu titik tolak bermulanya pandangan para ulama PAS dinilai berdasarkan fakta dan hujah dan bukan lagi terlindung oleh serban dan jubah.

Gabungan yang kedua pula menambahkan lagi kesan londehan tersebut sehingga akhirnya orang ramai termasuklah mereka yang beragama Islam mula menilai pandangan berdasarkan fakta dan hujah dan bukan lagi berdasarkan pemakaian gelaran dan pakaian.

Dan diringkaskan cerita maka berlakulah pertembungan pemikiran di dalam ahli PAS. Satu kumpulan masih dibataskan oleh serban dan jubah serta title ulama sebagai perkara utama dalam membuat apa saja penilaian pandangan. Manakala satu kumpulan lagi telah tidak lagi terpengaruh dengan title dan pakaian sebaliknya lebih melihat hujah, fakta dan kewarasan.

Pendapat anda terhadap Gerakan Harapan Baru

Begitulah saya melihat serba sedikit apa yang telah berlaku pada PAS sehingga terbentuknya GHB ini. Ia bukanlah terbina atas dasar menjadi kuda tunggangan DAP atau mana-mana parti lain yang ada.

Orang boleh kata apa saja dari luar, tetapi sebagai manusia yang merdeka, tak wujud perkara kuda tunggangan atau tidak. Kerana di akhir nanti, semua manusia akan menerima balasan masing-masing. Ertinya semua orang samada ketua atau pengikut akan bertanggung jawab penuh atas pegangan mereka sendiri.

Apakah GHB akan dapat muncul dan seterusnya bertahan menjadi satu wadah baru politik tanah air negara?

Apakah GHB akan menjadi satu parti baru besar untuk orang Islam di neara kita terutamanya, mereka yang berfikiran terbuka dan percaya bahawa Islam itu adalah gaya hidup dan bukannya sekadar agama retorik semata?

Apa pendapat anda...?
Pendapat Anda

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena