Monday 20 July 2015

Perghhh tipu & curi AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) duit rakyat! Penyelewengan & penipuan dlm 1MDB adalah BENAR...

Isnin, 20 Julai 2015

Perghhh tipu & curi AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) !!!

KENAPA BEGITU MUDAH ROMPAK BERBILION2 RINGGIT DI MALAYSIA ?? Adakah pemerintahnya DAP, PAS atau PKR ??!!!!

Jika SKMM guna alasan 'papar berita tidak sahih & ganggu siasatan 1MDB' utk sekat Sarawak Report.. KENAPA TIDAK SEKAT SEKALI THE EDGE !!!..

Jika tidak sekat bermakna penyelewengan & penipuan dlm 1MDB adalah BENAR...

6 hrs

Inilah Malaysiaku..

Bila dedah & bongkar penyelewengan penipuan kpd rakyat dikatakan 'KONSPIRASI POLITIK'..

Bila SOROK SEMBUNYIKAN penyelewengan penipuan kpd rakyat nak panggil apa..???!!


WOWW !!! Rose Mah Bukan Sebarang Rosmah smile emoticon

"Pendedahan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa telah mendepositkan wang berjumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadinya melalui seorang pembantu mungkin punca akses laman web Sarawak Report disekat oleh kerajaan Malaysia."

-kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin


Husam: 'Kampung Report' boleh ganti S'wak Report

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mahu maklumat mengenai skandal 1MDB disampaikan kepada semua peringkat, maka beliau mencadangkan satu tabung khas ditubuhkan bagi membiayai percetakan sebaran mengenai isu itu.

Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak takut skandal firma pelaburan itu diketahui rakyat, beliau berkata penggerak perubahan wajar melipatgandakan pennyampaian maklumat itu kepada semua lapisan masyarakat.


Husam yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan turut menjelaskan terdapat sebilangan rakyat yang belum terdedah kepada internet memerlukan sebaran untuk pengetahun dan renungan mereka.


"Usaha mencetak dan mengedar sebanyak mungkin semua info skandal 1MDB hendaklah dimulakan. Ini memerlukan perbelanjaan yang tidak kecil tetapi peralatan info adalah kunci untuk kebangkitan rakyat yang menyuruh.


"Saya mencadangkan satu tabung khas cetakan bahan 1MDB ditubuhkan dan sumbangan semua pihak yang prihatin untuk perubahan boleh dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Bagi merealisasikan cadangannya itu, Husam menyarankan agar kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) memulakan inisiatif tersebut dan beliau mahu menjadi penyumbang pertama jika ia terlaksana.


"Sarawak Report dihalang, kita gantikan dengan Kampung Report untuk seluruh rakyat yang cintakan Negara," katanya yang juga ADUN Salor.

Ekoran tindakan kerajaan menyekat akses kepada Sarawak Report semalam, Husam berkata kerajaan BN yang dipimpin Najib akhirnya "angkat bendera putih" kepada laman web pemberi maklumat itu.

"Kegagalan Najib menjawab/menafikan secara berfakta laporan Sarawak Report menyaksikan pahlawan Bugis terpaksa menggunakan kuasanya untuk menghalang laluan rakyat Malaysia kepada laporan Sarawak Report berkait 1MDB," katanya.

Posted by Kedah Lanie 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena